Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a.
berkata : Rasulullah saw bersabda :
“Ya
Allah! Jangan kamu temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu
dengan suatu zaman di mana para ulamak sudah tidak diikuti lagi dan orang yang
penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka Seperti hati orang Ajam (pada
fasiknya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).”
(Hadith riwayat Ahmad)
Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati
keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw ini. Masyarakat sudah agak jauh
daripada para ulamak. Mereka takut mendekati para ulama kerana kuatir
perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun
di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan
para ulamak untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan
mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan.
Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal hati mereka
adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa
Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan