Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 16 Ogos 2012

G 147 : WASIAT ABU YAZID AL BASTOMI

Abu Yazid Al-Bastomi berkata :

1- Aku ini hamba ALLAH SWT, kenapa aku mendahulukan kehendakku daripada kehendak ALLAH SWT.

2- Aku memberi ceramah selama 40 tahun, tidak ada seorangpun yang mahu mendengar ceramahku, kecuali ALLAH SWT menghendakinya mahu mendengar ceramah dalam bidang kerohanian.

3-Sesiapa yang dikasihi oleh ALLAH SWT dia akan diberi penderitaan.

4- Bersama dengan orang-orang soleh itu lebih baik daripada melakukan amal soleh. Bersama dengan syaitan itu lebih hina daripada melakukan perbuatan keji.

5- Jangan bergantung dengan usahamu tetapi bergantunglah dengan Rahmat ALLAH SWT.

6- Anggaplah kekuatan hidupmu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu.

7-  Kasih kepada ALLAH SWT menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan Akhirat.

8- Berpuasa itu mendatangkan Rahmat.
Rujukan :
Tazkirah Awliya’ . m/s : 75.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan