Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa ia berkata “Bukankah
kamu sekarang boleh hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang
kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW
hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!”
Atau ada kisah juga seperti berikut
ini. Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh
dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata “Aku
pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada
makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk
saja untuk mengisi perutnya.”
Pernah juga kisah yang lain datang
dari sahabat Abu Hurairah r.a , ia berkata “Aku pernah datang kepada Rasulullah
SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka akupun bertanya kepadanya: Ya
Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban
beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau
merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan
menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa
orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan
dunia.”
Subhanallah, inilah teladan agung dari
seorang pemimpin yang harus menjadi contoh bagi kita semua.
Rujukan :
http://kisahislami.com/lapar-yang-pernah-dialami-rasulullah-saw/
Nota :
Apa yang Rasulullah SAW lakukan akan
membuktikan Baginda memiliki kedudukan tertinggi, tiada lagi insan yang lebih
lapar dan bersabar demi menunaikan Perintah ALLAH SWT. Insan lain tidak boleh
menjadikan alasan miskin dan susah sebagai batu loncatan untuk meninggalkan
perintah ALLAH SWT seperti berpuasa kerana Rasulullah SAW lebih kuat kesabaran
dan lapar tetapi tetap menjunjung Perintah ALLAH SWT.
Walaupun sedemikian kehidupan Rasulullah SAW,
namun umat Baginda adalah juara makan, sehingga mengadakan pertandingan makan
dan sebagainya.
Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti
kita dan Rasulullah SAW memilih Al Khamr semasa ALLAH SWT meminta Rasulullah
SAW memilih di antara Susu dan Al Khamr di saat Israk dan Mikraj. Al-Hamdulillah,
Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada
Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak (Al Khamr) dan Lemak
Khinzir dalam makanan mereka seharian. Nauzubillah Min Zalik.
Sila Rujuk Kod Khinzir terbaru daripada JAKIM
dalam makanan umat Islam di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan