Firman Allah taala:
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ ٱلأَلْبَاب
Allah
menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang al Quran dan As Sunah)
kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah
itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang
yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).
(Surah Al Baqarah : ayat 269)
Sabda Rasulullah sollahu ‘alaihi
wasallam:
الحكمة
ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها
Hikmah itu
adalah barang kehilangan bagi orang mukmin. Di mana saja ia mendapatinya, maka
dia yang paling berhak terhadapnya.
~Riwayat Imam Ibn Majah.
Kata Para Ulama:
من
بركة العلم عزو كل قول إلى قائله
Di antara
keberkatan ilmu ialah menisbahkan setiap kekata itu kepada yang berkata.
Kekeliruan yang bermain di fikiran
orang….
Ada yang bertanya-tanya (bukan
kepada saya tapi melalui orang lain):
“Kenapa saya suka mengambil kata-kata
ulama tertentu seperti Al-Habib Umar sedangkan kita mempunyai al Quran dan
Al-Hadith?”
Dalam maksud yang lain ‘taksub’
dengan ulama tertentu.
Kita perlu faham maksud ta’asub di sini.
Istilah ta’asub dalam Kamus Dewan edisi ke-4 bermaksud :”Kuat pegangan atau
keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik.”
Keterlaluan ini berlaku apabila ia menganggap bahawa hanya pendapat yang
dipegangnya itu betul dan pendapat yang lain itu salah.
-Apabila saya mendengar
kalamnya, saya mendapati hikmah di situ dan mengambilnya untuk dikongsikan
bersama sebagai 1 perkongsian.
-Keseringan mendengar ceramahnya,
menjadikan saya lebih banyak mendapat faedah darinya berbanding dari ulama yang
lain.
-Kalamnya itu sangat terkesan kepada
diri saya kerana selalunya apa yang beliau katakan, pasti akan terkena pada
diri alfaqir ketika itu.
-Dia umpama ayah saya secara ruh.
Kata Syeikh Athiyyah Mustafa
Muhammad Hussein :
“Sheikh Murabbi yang mentarbiyah
kita umpama ayah dan para ulama yang mengajarkan kita ilmu adalah umpama pakcik-pakcik
saudara kita.”
Sejauh ini, alfaqir rasa apabila
memetik kata-kata beliau, tidak lagi menyalahkan kata-kata yang lain. Dan tidak
pula menjadikan kata-kata beliau sebagai dalil syara’ seperti al Quran dan
Al Sunnah. Ia hanya sebagai kata-kata hikmah yang dijadikan buat renungan
bersama.
Ada sebahagian yang mengambil kekata
orang tanpa menisbahkan kekata tersebut kepada pemiliknya demi mengelakkan diri
dari dipanggil orang sebagai ‘ta’asub pada si fulan’ atau tidak mahu
menunjukkan bahawa dirinya tiada mempunyai apa-apa ,kerana yang diambil
semuanya dari kata-kata para ulama bukan dari diri sendiri? Ajaib…
Kenapa para ulama mengatakan “Di antara
keberkatan ilmu ialah menisbahkan setiap kekata itu kepada yang berkata???
Cuba kita amati…
-Apabila kita menisbahkan kekata itu
pada seseorang, ia memberi isyarat bahawa Kita tidak mempunyai apa-apa iaitu
sedar diri bahawa dirinya JAHIL.
-Amanah dalam menyebarkan ilmu.
-Senang untuk dirujuk bagi yang
mendengar.
-Jika berlaku kesalahan, boleh
dikenal pasti kesalahan itu berpunca dari pihak mana dan tidak menisbahkan ia
kepada agama.
Teringat Akhlak Ulama kami, Sheikh
Yusri Jabr Al-Hasani apabila membahagikan nota ilmu kepada kami dan berkata:
“Saya mahu kalian tulis di nota ini,
nama saya, pada tarikh sekian, di tempat sekian, kerana jika ia baik, maka
segala pujian buat Allah, akan tetapi jika sebaliknya, saya yang dipersalahkan
bukan agama.”
Kesimpulan: Berlapang dada untuk
menerima hikmah dari sesiapapun.
Ya Allah, Bersihkan hati kami dari segala penyakit-penyakit hati
yang menghijabkan kami dari menerima hikmahMu…
Rujukan :
http://almaarif87.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan