Dikisahkan daripada Abu Wail Shaqiq bin
Salamah sesungguhnya Umar bin Khathab ra. telah melantik Bashar bin Asim ra.
untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar ra. telah melewat-lewatkan
kepergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar ra. dan telah berkata
kepadanya,
“Apakah yang telah menyebabkanmu
terlambat?” Adakah kamu tidak mendengar dan taat kepada perintah kami?” Bashar
ra. berkata,
“Tidak, melainkan aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda,
”Barangsiapa yang menjadi ketua bagi
sesuatu urusan kaum Muslimin, maka ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia
akan berdiri di atas sebuah jembatan Neraka. Jika ia telah melakukan kebaikan,
ia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jembatan itu akan runtuh lalu
ia akan terjatuh ke dalam api Neraka tersebut selama tujuh puluh tahun.”
Abu Dzar ra. telah berkata kepada Umar
ra. “Adakah kamu telah mendengar sesuatu dari Rasulullah SAW?” Umar ra. pun
menjawab. “Tidak.” Abu Dzar ra. berkata, “Sesungguhnya aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang bertanggungjawab ke
atas urusan kaum Muslimin, ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan
berdiri di atas sebuah jembatan neraka. Jika beliau melakukan melakukan
kebaikan dalam tanggungjawabnya ia akan selamat. Jika sebaliknya jembatan itu
akan roboh dan ia akan terjatuh ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun
dan Neraka itu amat gelap dan hitam.”
Maka hadis yang mana satukah yang
lebih menggetarkan hatimu?” Umar ra. menjawab, “Kedua-duanya. Oleh kerana itu
siapakah yang mahu mengambil jabatan Khalifah ini?” Abu Dzar ra. pun berkata,
“Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekatkan di atas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jabatan Khalifah ini baik untukmu. Kerana jika kamu memberikan jabatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya.”
“Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekatkan di atas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jabatan Khalifah ini baik untukmu. Kerana jika kamu memberikan jabatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya.”
Rujukan :
http://kisahislami.com/beratnya-menjadi-seorang-pemimpin/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan