Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 17 Ogos 2012

H 12 TIGA Perkara tunjang kerohanian yang amat penting

Yahya Bin Muaz Ar-Razi berkata :

1- Mati itu ibarat jambatan yang menyambung hamba dengan ALLAH SWT yang dicintainya.

2- Iman yang seketika itu membasuh dosa dua ratus tahun.

3- Oleh kerana orang yang cintakan ALLAH SWT sentiasa melakukan dosa, apabila dia berada dalam dirinya. Bagaimana pula dia bertanggungjawab terhadap dosanya? (Bagaimana kita boleh mengaku kita cintakan ALLAH SWT, sedangkan diri kita sentiasa dipenuhi dengan dosa?).

4- Jika mati ada dijual di pasar, orang yang cintakan ALLAH SWT akan membelinya.

5- Kurangkan bercampur dengan ahli dunia dan banyakkan menyembah ALLAH SWT.

6- Orang yang kaya dan berkat serta sentiasa menyebut nama ALLAH SWT adalah orang yang benar-benar kaya. Orang yang kaya melalui usahanya sendiri tanpa menyebut nama ALLAH SWT adalah orang yang miskin.

7- Dunia itu adalah tempat ibadat.

8- Merindui ALLAH SWT seketika adalah lebih berharga dari dunia ini.

9- Dunia ini pasar syaitan, takutlah kepadanya. Dunia (dosa dan syahwat) ini adalah minuman syaitan, jangan kamu menikmatinya.

10- Sesiapa banyak makan dia akan menjadi hamba hawa nafsu. Pada perut yang berlapar kerana ALLAH SWT itu terdapat rahmat ALLAH SWT serta sinar keimanan.

11- Berhati-hatilah makan bersama orang kaya.

12- Seorang abid (orang yang benar-benar beribadat kepada ALLAH SWT) akan mencapai ketenangan pada empat tempat :

1-    Ketika keseorangan.
2-    Di dalam masjid.
3-    Di kubur.
4-    Di hutan.

13-Penghalang yang paling besar kepada mereka yang baru ingin menuju ALLAH SWT adalah apabila bercampur dengan ahli dunia.

14- Tiga perkara yang wajib dibuang untuk mencapai mutu kerohanian yang tinggi:

1-Membuang rasa keinginan untuk mendapat pangkat dan kemuliaan.
2-Membuang keinginan hawa nafsu.
3-Membuang hal-hal keduniaan (perkara dunia yang tidak memberi berkat).

15- Rahsia Kejayaan untuk bertemu dengan ALLAH SWT adalah Tawakkal kepada ALLAH SWT dan palingkan wajah anda daripada mementingkan keduniaan.

16- Jika kamu redha dengan ALLAH SWT pasti ALLAH SWT akan redha dengan kamu.
Kitab Tazkiyah Awliya’. m/s : 93 – 94.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan