1-
Bertakwa kepada Allah SWT.
2-Memenuhi hati dengan perasaan cinta kepada
Rasulullah SAW.
3-Mendahulukan cinta pada diri anda daripada
cinta kepada orang lain.
4-Jangan
menangis di atas apa yang telah berlalu.
5-Sentiasa
optimis dalam kehidupan.
6-Luangkan
masa bersama orang lain.
7-Apabila
manusia kamu, jangan lupa kebaikan orang yang telah membentuk kebaikan kamu.
8-Jadikanlah diri kamu orang yang kemas janji
dengan Allah SWT dan tidak menipu diri sendiri.
9-Jangan membiarkan kejayaan membentuk sifat
membangga diri.
10- Jika
kamu berjaya dalam sesuatu perkara, jangan kamu menyakiti pihak yang kalah.
11- Jangan
himpun sifat rendah dengan sifat takbur, kemuliaan dengan kejahatan dan sifat
rendah diri dengan menghina diri serta jadikanlah orang soleh sebagai teman.
12-Jangan
berkelahi dengan orang lain kerana perbalahan menghancurkan persahabatan.
13-Memberi maaf di atas kesalahan orang lain
terhadap kamu.
14-Berjasalah
kepada orang lain dengan buah fikiran kamu, harta kamu dan tenaga kamu.
15-Jadikan
kegagalan sebagai satu pengajaran.
16-Pujilah kepada Allah SWT di atas segala
pemberianNya.
17-Jangan lupa memohon keampunan dan
kesejahteraan daripada Allah SWT setiap hari.
18-Pohonlah
daripada Allah SWT Ilmu yang memberi manfaat dan rezeki yang melimpah ruah
kerana ilmu adalah ibu segala kunci sesuatu.
19-Berusahalah membantu dan membahagiakan
orang di sekeliling kamu.
20-Ingatlah
jasa mereka yang telah berjasa dan membantu kamu ketika menghadapi ujian Allah
SWT.
21-Cubalah
ingat nama mereka yang telah mengkhianati kamu dan pohonlah keampunan Allah SWT
untuknya.
22-Bantulah
mereka yang lemah sehingga mereka mampu menempuhi ujian dan dugaan tanpa
bantuan kamu.
23-Jika
seseorang menghadapi ujian dan penderitaan, hendaklah kamu tetap bersamanya
sehingga ujian dan penderitaan tersebut lenyap.
24-Jangan
kamu menyusahkan orang yang berhutang dengan kamu, kerana meringankan hutang
akan memberi peluang kejayaan kepada kamu suatu hari nanti.
25-Jika
kamu mencapai ketinggian, jangan kamu jadikan ketinggian tersebut penyebab
kemusnahan hidup kamu.
26-Jangan kamu mencari keaiban orang lain.
27-Jangan
kamu tanamkan sifat putus asa dalam diri kamu.
28-Yakinlah
dengan kebaikan yang kamu lakukan dengan penuh kasih sayang, janganlah kamu
menjadi penghalang kepada kebaikan orang lain.
29-Ingatlah orang mukmin mampu berpuasa atau
berlapar, mampu menghadapi dugaan dan mampu hidup dalam kesusahan.
30-Hitunglah diri kamu sebelum kamu
dihitungkan.
Rujukan :
الدكتور
حسان شمسي
باشاhttp://www.drchamsipasha.com/ar/index.php?art=show_articles&id=113
Tiada ulasan:
Catat Ulasan