Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Disember 2018

T 114 : SIAPA SAHABAT SEJATI?


Sahabat sejati bukanlah dia yang selalu membenarkan perkataanmu, tapi dia yang selalu berkata benar kepadamu, walau kadang perkataannya menyinggung perasaan.
Sahabat yang tulus adalah dia yang tulus menasihatimu demi kebaikanmu, bukan dia yang tulus memuji pada sesuatu yang tidak terpuji.

Sahabat sejati adalah dia yang tidak mencelakakan dirimu baik di dunia mahupun di akhirat. Dan "PERSAHABATAN SEJATI" ialah mereka yang mengikat persahabatan dengan tali iman. Kerana ia akan terus kekal hingga hari kiamat.
Bukan persahabatan yang dibangun di atas nafsu dan kelalaian, kerana ia tidak akan lama bertahan.

Bahkan di akhiratpun mereka saling bermusuhan. ALLAH SWT berfirman,

ﺍﻟْﺄَﺧِﻠَّﺎﺀُ ﻳَﻮْﻣَﺌِﺬٍ ﺑَﻌْﻀُﻬُﻢْ ﻟِﺒَﻌْﺾٍ ﻋَﺪُﻭٌّ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦَ

“Sahabat-sahabat karib (di dunia) pada hari itu (kiamat) akan saling bermusuhan satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.”
(QS. Az-Zukhruf (43) : 67)

Dan sungguh rugi orang-orang yang mengambil sahabat dari orang-orang yang jauh dari agama ALLAH, kerana kelak justeru mereka akan menyesal dengan penyesalan yang amat dalam.

Betapa tidak? Kerana ALLAH SWT telah berfirman,

 ﻭَﻳَﻮْﻡَ ﻳَﻌَﺾُّ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻢُ ﻋَﻠَﻰ ﻳَﺪَﻳْﻪِ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻳَﺎ ﻟَﻴْﺘَﻨِﻲ ﺍﺗَّﺨَﺬْﺕُ ﻣَﻊَ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮﻝِ ﺳَﺒِﻴﻠًﺎ ‏( 27 ‏) ﻳَﺎ ﻭَﻳْﻠَﺘَﻰ ﻟَﻴْﺘَﻨِﻲ ﻟَﻢْ ﺃَﺗَّﺨِﺬْ ﻓُﻠَﺎﻧًﺎ ﺧَﻠِﻴﻠًﺎ ‏( 28 ‏) ﻟَﻘَﺪْ ﺃَﺿَﻠَّﻨِﻲ ﻋَﻦِ ﺍﻟﺬِّﻛْﺮِ ﺑَﻌْﺪَ ﺇِﺫْ ﺟَﺎﺀَﻧِﻲ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ ﻟِﻠْﺈِﻧْﺴَﺎﻥِ ﺧَﺬُﻭﻟًﺎ ‏( 29 )


“Pada hari ketika orang-orang zalim menggigit jari tangan mereka, seraya berkata, “Duhai, seandainya dahulu aku mengambil jalan bersama Rasul (utusan ALLAH).
Duhai seandainya aku TIDAK MENJADIKAN FULAN sebagai SAHABATKU. Sesungguhnya dia telah menyesatkanku dari petunjuk (al Quran) ketika ia datang kepadaku, dan sungguh syaitan benar-benar licik terhadap manusia.”
(QS. al-Furqan (25) : 27-29)

Maka, carilah sahabatmu dari mereka yang beriman dan berakhlak mulia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan