Bismillahirrahmanirrahim
Pada zaman
sekarang ini pintu kemaksiatan terbuka lebar. Wanita fasik dan fajir telah
diperdaya oleh syaitan hingga mengumbar aurat di mana-mana. Mata setiap orang
bebas memandang perkara yang diharamkan, kecuali orang yang dirahmati ALLAH
AZZA WA JALLA. Bercampur gaul antara lelaki dan perempuan terjadi di setiap
tempat. Majalah porno dan filem lucah bermaharajalela tanpa kawalan. Traveling
ke negeri-negeri rosak dan kafir dibuka lebar. Pergaulan bebas digandrungi
setiap remaja. Prostitusi dan media porno dibuka di sembarang tempat, dan
setiap orang leluasa menikmatinya tanpa batas. Pergaulan bebas dan pacaran,
bahkan seks bebas di kalangan kawula muda dianggap perkara biasa, kerana sudah
menjadi lifestyle (gaya hidup) di
sebahagian kalangan masyarakat. Perempuan bergandingan dan pergi dengan lelaki
yang bukan mahramnya, baik dalam acara resmi, santai, study atau bisnes.
Maka tidak dapat dielakkan lagi bahawa musibah besar akan menimpa generasi muda dunia ini. Oleh kerana itu, seorang remaja Muslim yang ingin pandai bergaul namun tetap bersih dan tidak terkontaminasi oleh berbagai macam kebiasaan buruk dan dekadensi moral sehingga menjadi ”sampah masyarakat”, harus memperhatikan dan menghindari kebiasaan-kebiasaan buruk.
#.Astagfirullah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan