Jikalau di negeri Lain
mereka saling berebut untuk mengambil posisi shaf pertama ketika solat kerana
mereka telah tahu keutamaannya. Adapun kita di Malaysia mahupun Indonesia cukup
kita tahu keutamaannya maka dengan mudahnya kita boleh mengambil posisi shaf
pertama ketika Solat.
Hanya saja hal ini tidak
nampak jelas perhatian sebahagian kaum Muslimin untuk berlumba mengambil posisi
shaf pertama ketika hendak solat.. Kebanyakan di antara kaum Muslimin saling
mempersilakan untuk mengambil posisi shaf pertama. Hal ini tiada lain
disebabkan kerana dari sekian banyaknya kaum Muslimin yang ada, hanya sedikit
di antara mereka yang mengetahui keutamaan shaf pertama.
Berikut keutamaan shaff
pertama dalam solat:
1. NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU
‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
“Seandainya
setiap orang tahu keutamaan azan dan shaf pertama, kemudian mereka ingin
memperebutkannya, tentu mereka akan memperebutkannya dengan berundi.”
(HR. Bukhari no. 615 dan
Muslim no. 437).
2. NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU
‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
“Shaf yang
terbaik bagi lelaki adalah shaf pertama, yang paling buruk adalah shaf
terakhir. Sedangkan shaf yang terbaik bagi wanita adalah shaf terakhir, yang
paling buruk adalah shaf pertama(karena semakin dekat
dengan kaum laki-laki, pen).”
(HR. Muslim no. 440)
(HR. Muslim no. 440)
3. Daripada Al Barra’ bin
‘Adzib bahawa NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
“Sesungguhnya
ALLAH dan para malaikatNya bersalawat kepada orang-orang di shaf awal, dan
muadzin itu akan diampuni dosanya sepanjang radius suaranya, dan dia akan
dibenarkan oleh segala sesuatu yang mendengarkannya, baik benda basah mahupun
benda kering, dan dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang-orang yang solat
bersamanya.”
(HR. Ahmad dan An Nasa’i dengan sanad yang jayyid).
(HR. Ahmad dan An Nasa’i dengan sanad yang jayyid).
4. Daripada Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
“Barangsiapa
mandi pada hari jumaat sebagaimana mandi janabah, lalu berangkat menuju masjid,
maka dia seolah berkorban dengan seekor unta. Barangsiapa yang datang pada kesempatan
(waktu) kedua maka dia seolah berkorban dengan seekor lembu. Barangsiapa yang
datang pada kesempatan (waktu) ketiga maka dia seolah berkorban dengan seekor
kambing yang bertanduk. Barangsiapa yang datang pada kesempatan (waktu) keempat
maka dia seolah berkorban dengan seekor ayam. Dan barangsiapa yang datang pada
kesempatan (waktu) kelima maka dia seolah berkorban dengan sebutir telur. Dan
apabila imam sudah keluar (untuk memberi khutbah), maka para malaikat hadir
mendengarkan zikir (khuthbah tersebut).”
(HR. Bukhari no. 881 dan
Muslim no. 850).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan