DIDIK ANAK
IKUT SUNNAH NABI
Jangan
terlalu manjakan anak-anak wahai ibu dan ayah.
Terkadang
sedih melihat anak-anak zaman sekarang, cikgu beri amaran sedikit. Maka mereka
pulang dan menceritakan pada ibu ayah mereka tentang gurunya. Lalu ibu ayah ini
menyerang gurunya dan menfailkan saman. Astaghfirullah, apa nak jadi dengan
anak-ana zaman sekarang.
Ibu ayah
tolonglah jadi Madrasah pertama yang mendidik anak-anak dengan aqidah yang
kuat. Jangan terlalu manjakan anak-anak dengan habuan dunia semata-mata. Nanti
kelak kita sebagai ibubapa yang akan menyesal.
Lihat
bagaimana LUQMAN AL HAKIM mendidik anaknya. Allahurabbi, sungguh taat akan
perintah Allah anak-anaknya. Anak-anak syurga semua. Wahai ibu ayah sekalian,
anak-anak kita ini boleh beri syafaat kepada kita sebagai ibu ayah mereka di
akhirat kelak. TAPI jika salah didikan kita sebagai ibu ayah terhadap anak kita
MAKA terimalah azab di akhirat kelak. Renung-renunglah wahai ibu dan ayah.
Pesan Nabi
Saw, jika kita mempunyai anak yang nakal jangan sesekali kita marah dan
tengking anak-anak kita dengan mengatakan ucapan yang tidak baik. AKAN TETAPI,
kita sebagai ibu dan ayah pergilah ambil wuduk, istighfar dan solat sunat
taubat pada Allah kerana apa? Kerana mungkin anak-anak jadi sebegitu rupa atas
didikan ibu ayahnya.
Semoga
bermanfaat. Sebelum itu mohon maaf atas kesilapan atau terkasar budi bicara.
Sesungguhnya sayalah yang perlu banyak pelajari lagi. Saya hanya menyampaikan
perintah agama dan suruhan Nabi saw. Sekali lagi mohon maaf atas segala salah
dan silapnya.
WAHAI IBU
AYAH! Ayuh didik generasi kita ke arah Generasi yang soleh solehah dan in sya Allah
akan terlahirnya zuriat adam dan hawa yang akan membawa agama Allah SWT serta
pertahankan Islam dan syariat juga diperkasa.
Saya doakan buat
mereka yang bakal berkahwin, "Semoga anda memilik keluarga bahagia dan
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah" اللهم أمين
"Saya
Dai Bukan Mufti." Setiap dari kita adalah Pendakwah." "Sebarkan
kebaikan dan sampaikan ayat-ayat Allah SWT serta sunnah Nabi agar dapat
dipraktikkan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan