Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 28 Disember 2018

T 29 : IRSYAD AL-FATWA KE-79: BENTUK DAJJAL YANG SEBENARNYA


Dalam menjawab isu ini, kami kemukakan pandangan Imam al-Qurtubi dalam al-Tazkirah. Antara lain katanya:
Dajjal adalah fitnah yang amat besar sehingga NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM sering membaca doa memohon perlindungan daripada Dajjal dalam setiap solatnya. Perkara ini berdasarkan pada hadis sahih: Daripada Aisyah Ummul Mukminin, bahawa NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM pada setiap solat (setelah tahiyat akhir) membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا، وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مَنَ الْمَاْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Yaa Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu daripada azab kubur, aku berlindung padaMu daripada buruknya fitnah al-Masih al-Dajjal, daripada fitnah hidup dan mati. Yaa Allah aku berlindung padaMu daripada dosa serta hutang yang sukar untuk dibayar.”
(Riwayat al-Bukhari)

Disunahkan membaca doa pada akhir solat sebelum memberi salam menurut hampir semua ulama dan bahkan ada ulama yang mewajibkan membacanya.
Secara terperinci, ciri-ciri Dajjal dapat dilihat dalam beberapa hadis berikut:

“Tertulis di antara dua matanya perkataan kafir yang dieja oleh Rasulullah SAW jaf, fa’, ra’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun oleh mukmin yang buta huruf. Menurut kami, perkara ini tidak akan tersembunyi (meragukan) lagi bagi sesiapa sahaja.”
“Ternyata dia seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting, dan bermata sebelah.”
(Riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Umar)

Dalam hadis riwayat Thabrani daripada Abdullah Ibnu Mughaffal dinyatakan,

“Dajjal berkulit coklat dan dan berambut kerinting.”
“Sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebalah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud daripada Ubadah bin Somit dan Ahmad)

“Sesungguhnya kepala Dajjal itu dari belakang kelihatan tebal dan berkelok-kelok.”
(Riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir)

“Pada matanya yang sebelah kanan, seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung.”
(Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar)

“Bukanlah sesungguhnya dia itu bermata sebelah dan tertulis di antara kedua mata Dajjal itu perkataan kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin.”
(Riwayat Muttafaq ‘Alaih, daripada hadis Anas)

“Tertulis di antara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”
(Riwayat al-Tirmizi daripada Anas)

“Dajjal itu adalah mata kirinya buta dan rambutnya kasar; dia mempunyai syurga dan neraka yang syurganya itu sebenarnya adalah neraka, sedangkan nerakanya sebenarnya adakah syurga.”
(Riwayat Huzaifah)

“Sesungguhnya aku mengetahui sifat Dajjal itu; dia mempunyai dua buah sungai, yang satu mengandungi air putih sedangkan yang lain mengandungi nyalaan api. Jika seseorang yang melihat sungai yang mengandungi nyalaan api itu, maka hendaklah dia menutup matanya dan mendekati ke arahnya, maka dia akan dapat meminum air sejuk darinya. Ciri-ciri Dajjal itu adalah mata kanannya buta, kukunya kasar dan di antara kedua matanya tertulis perkataan “Kafir” yang dapat dibaca oleh semua orang mukmin yang melihatnya, baik yang boleh menulis membaca mahupun tidak.”
(Riwayat Muslim)

Ibn Umar mengatakan bahawa suatu kali NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM menceritakan mengenai Dajjal kepada kami lalu baginda berkata, “Sesungguhnya Allah SWT matanya tidak buta sebelah; ketahuilah bahawa Dajjal itu buta mata kanannya.”
Ibn Umar juga mengatakan NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda: “Ketika aku tertidur di Kaabah, aku bermimpi melihat seorang yang amat gagah rupanya, lurus rambutnya serta berminyak, sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Dia adalah al-Masih bin Maryam (Nabi Isa AS).” Kemudian aku lihat lagi di belakangnya seorang yang amat buruk rupanya, buta mata kanannya dan kerinting rambutnya, juga sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Al-Masih al-Dajjal (Dajjal).”

Rasulullah SAW bersabda, “Salah satu mata Dajjal seperti kaca berwarna hijau dan berlindunglah kamu daripada azab kubur.”
(Riwayat Ubai bin Ka’ab)  
   
 Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
06 Zulkaedah 1436H bersamaan 21 Ogos 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan