Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Disember 2018

T 79 : SYAITAN DAN PARA PENOLONGNYA SENTIASA MENGAJAK MANUSIA KE NERAKA


ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah dia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.”
(QS. Faathir [35]: 6).

Ketika syaitan mengajak manusia ke neraka, tidaklah bererti syaitan akan mengatakan kepada manusia, “Ayuh, marilah bersamaku menuju neraka.” Seandainya syaitan mengatakan itu, tidak akan ada satu orangpun yang mahu mengikuti ajakannya. Akan tetapi, syaitan mengajak manusia ke arah syahwat dan berbagai hal yang menyenangkan jiwa, namun diharamkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Syaitan menghias-hiasi sesuatu yang buruk menjadi seolah-olah sesuatu yang bagus. Itulah makar dan tipu daya syaitan kepada manusia. Kerana pada hakikatnya, merekalah musuh sejati manusia.

Oleh kerana itulah, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melarang kita untuk mengikuti langkah-langkah dan ajakan syaitan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya. Tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.”
(QS. An-Nuur [24]: 21)

Manusia pada hakikatnya berada di antara ajakkan syaitan ke neraka atau ajakkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menuju syurgaNya. Maka perhatikanlah diri kita sendiri, ajakan siapakah yang kita sambut? Jika kita adalah manusia yang berada di atas ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, istiqamah di jalanNya, mencintai kebaikan, menjaga hal-hal yang wajib, bersungguh-sungguh mengerjakan amal ibadah sunnah yang kita mampu dan mudah melaksanakannya, maka kita telah menyambut seruan dan ajakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada kita.

Namun sebaliknya, jika kita akrab dengan maksiat dan keburukan, melalaikan hal-hal yang wajib, terjerumus dalam berbagai hal yang diharamkan, maka kita telah menyambut seruan dan ajakan syaitan beserta bala tenteranya.

Hendaklah kita bersegera bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan melepaskan jiwa kita dari belenggu syaitan, selama masih memungkinkan bagi kita untuk bertaubat. Inilah kewajipan seorang muslim, iaitu untuk memikirkan dan merenungi keadaan dirinya, apakah berada di atas maksiat ataukah ketaatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan