Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Disember 2018

T 116 : CATATAN PINGGIR


Fudhail bin 'Iyadh rahimahullah berpesan:

ﺍﺗَّﺒﻊ ﻃﺮﻳﻖ ﺍﻟﻬﺪﻯ ﻭﻻ ﻳﻀﺮﻙ ﻗﻠﺔ ﺍﻟﺴﺎﻟﻜﻴﻦ ﻭﺇﻳﺎﻙ ﻭﻃﺮﻕ ﺍﻟﻀﻼﻟﺔ ﻭﻻ ﺗﻐﺘـﺮَّ ﺑﻜﺜﺮﺓ ﺍﻟﻬﺎﻟﻜﻴﻦ .

“Ikutilah jalan kebenaran dan jangan bersedih dengan sedikitnya jumlah orang yang menapakinya. Dan jauhilah jalan-jalan kesesatan dan jangan terpedaya dengan banyaknya jumlah orang yang celaka (kerana mengikutinya).”
(As-Shawaiqul Mursalah: 3/ 86)

Kisah kali ini membuat saya merenungi kembali ucapan seorang dosen semasa di bangku ma'had dulu. Bahawa ujian terberat setelah mendapat hidayah adalah kemampuan bertahan dan mati di atas hidayah tersebut. Itulah hikmah mengapa kita selalu memohon hidayah kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam solat kita.

Dahulu, tokoh dalam kisah ini begitu mencintai Sunnah, namun kini sikapnya berubah.
Anehnya perubahan itu dianggap sebagai suatu hidayah. Adakah yang lebih merugi dari orang yang menganggap kesesatan sebagai hidayah?

Maha Benar
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA  yang telah berfirman:

“Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.”
(QS: Al-Kahfi: 103-104)

“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa mendapat petunjuk daripada Allah sedikitpun?”
 (QS: Al Qasas: 50)

Begitulah akhir cerita orang-orang yang memulai pelajaran hidupnya dengan dialektika-dialektika berfikir.
Kecerdasannya membuat dia lupa bahawa dirinya kecil dan jahil di hadapan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Semoga dia cepat kembali ke pangkuan hidayah.
Akhi fillah.

Lebih baik menjadi setitik putih di atas lembaran hitam ketimbang menjadi abu-abu.
Allahumma tsabbitna alal huda.


Madinah 22-06-1436 H
ACT El-Gharantaly CATATAN PINGGIR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan