RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud :
“Mahukah
kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?”
Para
sahabat berkata : “Mahu wahai Rasulullah.”
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menjawab :
“Yang haram tersentuh api neraka
adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”
(Hr.
At.Tirmidzi & Ibnu Hiban)
Hayyin : Orang yang memiliki
ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat
serta teduh jiwanya.
Layyin : Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semahunya sendiri, lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama muslim.
Qarib : Iaitu orang yang akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yg diajak bicara dan murah senyum bila bertemu.
Sahl : Iaitu orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan.
Semoga semua pejuang-pejuang dakwah dan semua saudara/saudari boleh menjadi Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl sehingga haram jasad kita tersentuh api neraka.
Aamiiin yaa ALLAH yaa ROBBAL aa'lamiiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan