Awas dengan fenomena baru
fahaman Islam mahzab Kristian, iaitu Islam ikut apa yang nafsu manusia suka.
Daripada Abu Hurairah ra,
Rasulullah SAW bersabda:
"Neraka
dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari
oleh hal-hal yang tidak disenangi."
(Hadis Riwayat: al-Bukhari)
Islam bukan ikut apa yang
kita mahu, tetapi dari petunjuk hidayah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Solat itu tiang asas. Dalam solat itupun kita merayu-rayu berulang
kali tidak kurang dari 17 kali setiap hari mohon agar ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA tunjukkan jalan yang diredhaiNya bukan jalan orang yang sesat.
"Engkaulah
sahaja (Yaa Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
(Al-Fatihah : ayat 5-7)
Jika kita masih tidak
beroleh petunjuk itu menandakan kita perlu perbaiki niat kita kerana solat kita
masih gagal mencegah kemungkaran yang tersembunyi dalam hati. Niat itu adalah
ikhlas Lillahi Ta'ala. Bukan sekadar dilafaz oleh lidah semata.
Daripada Abu Hurairah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Islam bukan ikut apa yang
kita mahu, tetapi dari petunjuk hidayah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Daripada Ibnu ‘Abbas ra berkata Rasulullah SAW bersabda,
“Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintahNya dan laranganNya.”
(Hadis Riwayat. Ath
Thabarani)
Selain itu, dalam hadits
Qudsi yang shahih, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:
“Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat kecuali orang yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepadaKu nescaya Aku akan berikan petunjuk kepada kalian.”
(Hadis Riwayat Muslim (no. 2577)
Islam bukan ikut apa yang
kita mahu, tetapi dari petunjuk hidayah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA kerana Islam mengikut apa yang kita mahu itu adalah menuruti nafsu bukan
dari perkara yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA redha. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :
"Dan demi jiwa dan
penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan
kejahatan (mengikut hawa nafsu) dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah
orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
(Surah As-Syams ayat 7-10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan