Amalan tersebut adalah
seperti berikut:
1. Sebarkan Salam.
2. Berikan Makan
3. Hubungkan Sanak Saudara
(silaturrahim)
4. Solat Tahajud Di Malam
Hari.
Riyadh al-Shalihin 848
وَعَنْ أبي يوسف عبد الله بن
سلام رضي الله عَنْه قَالَ : سمعت رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقول :
يَا أيُّهَا النّاسُ أفْشُوا
السَّلام، وَأْطعِمُوا الطْعَامَ، وَصِلُوا الأْرحامَ، وَصَلُّوا والنَّاس نيامٌ،
تَدْخُلوا الجُنَّة بسلام .
رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ
وَقَالَ: حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ
Daripada Abu Yusuf iaitu
Abdullah Ibn Salam ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Hai sekalian manusia,
sebarkan salam, berilah makanan, hubungkanlah sanak keluarga dan dirikanlah
solat ketika orang-orang sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan
selamat."
(HR al-Tirmizi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis sahih)
Huraiannya:
1. Sebarkan salam.
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya:
"Demi Dia yang diriku
berada di tanganNya! Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan
kalian tidak akan beriman hingga kalian saling berkasih-sayang. Mahukah kalian
saya tunjukkan suatu perkara yang apabila kalian kerjakan, maka akan tumbuh
rasa kasih-sayang di antara kalian? Sebarkan salam di antara kalian!"
(Hadis Riwayat Muslim).
2. Berikan Makan.
Nabi SAW bersabda
maksudnya,
“Siapa pun mukmin memberi
makan mukmin yang kelaparan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya
makanan dari buah-buahan syurga. Siapa pun mukmin yang memberi minum mukmin
yang kehausan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya minum dari minuman
syurga. Siapa pun mukmin yang memberi pakaian mukmin lainnya supaya tidak
telanjang, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya pakaian dari perhiasan
syurga.”
(Hadis Riwayat Tirmizi).
3. Hubungkan Sanak Saudara
(silaturrahim)
Hadis riwayat Jubair bin
Muth`im ra:
Daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda:
"Tidak akan masuk
Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."
(Hadis Shahih Riwayat
Muslim)
Hadis riwayat Anas bin
Malik ra, ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang
merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka
hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahmi)."
(Hadis Shahih Riwayat
Muslim)
4. Solat Tahajud Di Malam
Hari.
Firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang
yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil
mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di
dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di
waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariat ayat
15-18)
Oleh itu marilah kita
berlumba-lumba melaksanakan perintah Nabi SAW untuk melaksanakan amal-amal soleh
untuk memasuki syurga.
Amalan tersebut merangkumi
empat perkara iaitu sebarkan salam, memberi makan orang miskin atau mereka yang
kelaparan, menyambungkan silaturahim sesama ahli keluarga dan saudara muslim
yang lain dan solat tahajud di malam hari ketika orang lain sedang tidur.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan