ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
janjikan siapa yang suka bersedekah akan masukkan ke dalam syurga dan merupakan
pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita
sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri. Sabda NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bermaksud:
“Sesiapa
yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan
(bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Betapa besarnya pahala
sedekah sehingga orang yang sedang nazak minta ditangguhkan kematiannya supaya
dia dapat bersedekah. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maksudnya,
"dan
belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum
datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya
Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat,
yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?”
dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila
telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Munafiqun(63) ayat
10-11)
Terdapat amal-amal soleh yang
boleh memasukkan seseorang ke syurga.
1. Memberi Minum Pada
Binatang Kehausan.
Wanita pelacur (melakukan
dosa-dosa besar) dimasukkan ke dalam syurga dengan mendapat keampunan daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA kerana memberi minum (sedekah air) kepada seekor anjing
kehausan. Daripada Abu Hurairah, NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU
‘ALAIHI WA SALLAM
bersabda,
أَنَّ
امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِى يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ
أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
“Ada seorang wanita pezina melihat seekor anjing di hari yang
panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sumur tersebut sambil
menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu
menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.”
(HR. Muslim no. 2245).
2. Menghalalkan Hutang
Termasuk Sedekah Kepada Orang Yang Berhutang,
Nabi SAW bersabda maksudnya,
“Sesiapa
yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan
hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya (perlindungan
Arasy).”
(HR Muslim no. 7512)
3. Membina Masjid Walaupun
Kecil Sumbangannya Mendapat Jaminan Rumah Di Syurga.
Daripada Jabir bin ‘Abdillah
radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ
بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ
بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ
“Siapa
yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung
bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu
pula di syurga.”
(HR. Ibnu Majah no. 738.
Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadits ini sahih)
Mafhash qathaah dalam hadits ertinya
lubang yang dipakai burung menaruh telurnya dan menderum di tempat tesebut. Dan
qathah adalah sejenis burung.
4. Memberi Makan Dan Minum
Kepada Anak-anak Yatim Akan Masuk Syurga.
Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
“Barangsiapa
yang mengikut-sertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang muslim,
dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan
Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)
5. Infaq di jalan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan mendapat balasan syurga
Rasulallah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda:
وَمَنْ
كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ
“Barangsiapa
termasuk orang yang sentiasa bersedekah maka dia akan dipanggil masuk syurga
lewat pintu sedekah.”
(HR. al-Bukhari dari Abu
Hurairah)
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
berfirman,
“Adapun
orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan
adanya pahala yang terbaik syurga maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan
yang mudah.”
(Surah Al Lail ayat 5-8)
6. Bersedekah Sehingga Tangan
Kirinya Tidak Tahu Apa Yang Diinfaqkan Oleh Tangan Kanannya. Akan Mendapat
Perlindungan Arasy.
Dalam sebuah hadis riwayat
Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU
‘ALAIHI WA SALLAM
bersabda:
“Ada
tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak
ada naungan kecuali naunganNya(salah satu daripadanya-pen) ".....Seseorang
yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya,"
(Hadis Riwayat Bukhari, Hadis
no 620)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan