Bidaah dalam
peribadahan dibiarkan mengakar dalam kehidupan kaum Muslimin dengan alasan
menjaga persatuan. Namun apakah benar persatuan dapat diwujudkan dengan
membiarkan bidaah, atau apakah memang membasmi bidaah dianggap sebagai biangnya
perpecahan?
Disamping itu, terjadi kerancuan di kalangan kaum Muslimin dalam membezakan antara bidaah, khilafiyah, dan syirik. Bidaah iaitu suatu tatacara peribadahan yang tidak ada contoh dan dalilnya daripada Rasulullah SAW.
Seringkali yang bidaah dikatakan khilafiyah sehingga dibiarkan, sedang yang khilafiyah dianggap bidaah sehingga ditentang habis-habisan. Bahkan ada orang yang ketika dilarang dari perbuatan syirik, dia mengatakan,
"Jangan membesar-besarkan masalah khilafiyah."
Padahal perbuatan tersebut jelas-jelas kemusyrikan yang harus
dibenteras habis sampai ke akar-akarnya.
Dua fenomena di atas terjadi kerana ketidaktahuan umat tentang bahaya bidaah dan pentingnya mencontoh sunnah Rasulullah SAW dalam beribadah masih mendominasi dalam kehidupan umat.
Padahal kalau kita merujuk kepada hadits Rasulullah dan perkataan salafus shalih akan nampak betapa besar dan dashyatnya bahaya bidaah tersebut.
Imam Malik berkata, "Barangsiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan melihatnya sebagai suatu kebaikan, maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Nabi Muhammad telah berkhianat, kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman dalam Al Quran, "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu."
Maka apa yang pada hari itu tidak termasuk sebagai agama,
hari ini pun ia bukan agama.
Dalam suatu hadits beliau bersabda, "Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan(Ibadah) tanpa ada keterangan dari kami, amalannya tertolak."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan