Dulu, saya fikir solat dhuha
dan membaca Quran itu adalah pembuka pintu Rezeki dan dulu saya fikir Rezeki
itu berwujud seperti wang, banyak job, urusan pekerjaan yang lancar, banyak
tabungan, punya banyak aset sana sini, intinya harta atau wang yang banyak.
Setelah mencari makna rezekii dalam Islam sesuai yang tertera dalam Al Quran dan hadist ternyata saya salah besar. Langkah kaki yang mudah untuk hadir ke majlis ilmu itu adalah rezeki. Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di mssjid itu adalah Rezeki.
Hati yang ALLAH SWT selalu jaga dan jauhkan dari sifat iri, dengki dan kebencian itu pun adalah Rezeki. Punya teman-teman yang soleh dan ikhlas untuk saling ingat mengingatkan tentang kebaikan itu juga rezeki. Punya orang tua yang sakit-sakitan adalah Rezeki kerana itu merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.
Tubuh yang sihat itu adalah rezeki bahkan ketika diuji dengan sakitpun itu juga adalah bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa dan mungkin akan ada jutaan list lainnya bentuk-bentuk rezeki daripada ALLAH SWT yang kita tak sedari.
Justeru yang harus kita waspadai adalah ketika hidup kita berkecukupan dan penuh kemudahan dan kebahagiaan. Mungkin jika kita dalam keadaan demikian justeru akan membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri dari mengingat ALLAH SWT.
Padahal banyak sekali hak ALLAH SWT yang belum atau tidak kita tunaikan. Jadi, bersyukurlah atas segala nikmat yang ALLAH SWT telah kurniakan kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan