Sirah telah membuktikan
bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana
banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat
Tahajud adalah seperti berikut:
1. Jalan ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata,
“kalimat yang pertama kali ku dengar daripada Rasulullah SAW saat itu adalah,
“Hai
sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah
silaturahmi, tegakkanlah solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya
kalian masuk syurga dengan selamat.”
(HR. Ibnu Majah)
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata,
Rasulullah SAW bersabda,
“Dirikanlah
solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang
soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, penebus perbuatan buruk,
mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang
tubuh.”
(HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya,
“Jibril
mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau
akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah
dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya,
ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu
malam.”
(HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
Abu Hurairah ra berkata bahawa
Rasulullah SAW bersabda,
“Semoga ALLAH
merahmati lelaki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan
isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga,
merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya.
Jika si suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.”
(HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan
ikhlas. “Daripada Jabir berkata, bahawa Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya
di malam hari, ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia
dan akhirat, pasti ALLAH memberinya, Itu berlangsung setiap malam.”
(HR. Muslim)
6. Penghapus dosa
Daripada Abu Umamah al-Bahili
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Lakukanlah
Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub,
penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.”
(HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Syaitan
akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan
kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut
nama ALLAH, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwuduk maka akan
terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia
juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan
malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara
peribadinya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman maksudnya,
“Dan
hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di
atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,
mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari
dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.”
(Surah Al-Furqan ayat 63-64)
Oleh itu mari kita sama-sama
menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan