Ada seorang
petani mempunyai seorang tetangga yang bekerja sebagai pemburu dan mempunyai
anjing-anjing galak.
Anjing-anjing itu sering melompati pagar dan mengejar biri-biri petani.
Petani itu meminta tetangganya untuk menjaga anjing-anjingnya, tapi ia tidak mahu peduli.
Suatu hari anjing-anjing itu melompati pagar dan menyerang beberapa biri-biri, sehingga terluka parah.
Petani itu merasa tak sabar, dan memutuskan untuk pergi ke
kota untuk berkonsultasi pada seorang hakim.
Hakim itu mendengarkan cerita petani itu dan berkata;
"Saya boleh saja menghukum pemburu itu, dia untuk merantai dan mengurung anjing-anjingnya, tapi Anda akan kehilangan seorang sahabat dan mendapatkan seorang musuh. Mana yang kau inginkan, sahabat atau musuh yang jadi tetanggamu?”
Petani itu menjawab bahawa ia lebih suka mempunyai seorang Sahabat.
"Baik, saya akan menawari anda sebuah solusi yang mana anda harus menjaga biri-biri anda, supaya tetap aman dan ini akan membuat tetangga anda tetap sebagai sahabat”.
Mendengar solusi pak hakim, petani itu setuju. Ketika sampai di rumah, petani itu segera melaksanakan solusi pak hakim.
Dia mengambil tiga biri-biri terbaiknya dan menghadiahkannya kepada 3 anak tetangganya itu, yang mana mereka menerima dengan sukacita dan mulai bermain dengan biri-biri tersebut.
Untuk menjaga mainan baru anaknya, si pemburu itu mengkerangkeng anjing pemburunya. Sejak saat itu anjing-anjing itu tidak pernah mengganggu biri-biri pak tani.
Sebagai rasa terima kasih atas kedermawanan petani kepada anak-anaknya, pemburu itu sering membagi hasil buruan kepada petani.
Sebagai balasannya, petani mengirimkan daging biri-biri dan keju buatannya.
Dalam waktu singkat tetangga itu menjadi Sahabat yang baik.
-Jika Anda berkumpul dengan serigala, Anda akan belajar
melolong.
-Tapi jika Anda bergaul dengan Rajawali, Anda akan belajar
cara terbang mencapai ketinggian yang luar biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan