Ketahuilah. Di tubuh kita ada
air yang sangat suci yang boleh menyelamatkan kita di dunia yang sementara ini
dan di alam akhirat kelak. Air ini sumbernya adalah hati yang suci dan jiwa yang
bersih dan sangat sulit keluar dari hati yang keras dan kotor.
Air mata cinta dan takut kepada ALLAH SWT. Itulah air yang dimaksudkan. Air mata yang keluar kerana menangis takut kepada ALLAH SWT. Wahai sahabatku. Sudahkah air mata itu membasahi pelupuk mata dan pipimu? Sudahkah di tahun ini, di bulan ini, di minggu ini atau di hari ini air itu memancar dan menitis dari matamu dan membasahi pipimu?
Jangan sampai kita susah menangis kerana hati kita sudah keras dan gersang kerana noda, dosa dan ambisi dunia, sehingga begitu sulitnya keluar dari pelupuk mata kita tetapi ketika kehidupan dunia kita terganggu dan ketika kita sudah ditimpa kesusahan dan musibah kerana kehilangan harta benda, baru kita dengan mudahnya menangis dan meratap sejadi-jadinya dengan begitu banyak mengeluarkan air mata.
Menangislah
kita kepada ALLAH SWT di saat senang mahupun susah. Di saat gembira mahupun di
saat bersedih. di saat masa lapang mahupun di saat sempitmu. Di saat sihat mahupun
di saat sakitmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan