1. Berdoa supaya ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA tetapkan hati kita kepada Islam
Masalahnya ialah hati kita
selalu berbolak-balik dan iman kita pula selalu turun dan naik. Itulah sifat
hati dan iman. Ia berbolak-balik dan turun-naik.
Di bawah ini adalah suatu
doa yang selalu diamalkan NABI SALLALLAHU `ALAIHI WASALLAM supaya hati kemas
dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:
Pintalah sungguh-sungguh
dengan ALLAH dengan doa ini.
Hafallah ia dan bacalah
selalu samada dalam solat atau luar solat:
َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ
الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
(Allahumma
musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atika)
“Yaa ALLAH, Tuhan yang
mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU.”
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ
الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Allahumma ya
Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala dinika)
“Yaa ALLAH, Tuhan yang
membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU.”
Doa di atas selalu
diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah NABI
SALLALLAHU `ALAIHI WASALLAM yang selalu membacanya. Dan in sya ALLAH, ia
benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH
seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.
2. Hidup berjemaah dan
bersahabat dengan orang-orang yang soleh.
Hidup berjemaah adalah
sunah Rasulullah SAW. Dalam jemaah saling nasihat menasihati, bekerja dan berdakwah
bersama saling lengkap melengkapi dan berkasih sayang kerana ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Persahabatan untuk
dijadikan rujukan.
Ayat Al Quran Mengenai
Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) Orang
yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang
yang bertakwa.”
(Surah al-Zukhruf ayat 67)
Hadis Persahabatan: Memilih
Kawan
“Seseorang itu dikenali
berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih
sahabat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Ayat Al Quran Berkenaan
Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
“Pada hari itu orang yang
zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata
alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul ALLAH. Wahai alangkah baiknya
kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan
aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang
syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.
(Surah Al-Furqan ayat
27-29)
Hadis Persahabatan: Tukang
Besi dan Penjual Minyak Wangi
“Bersahabat dengan orang
yang soleh dan dengan orang yang jahat sama seperti berkawan dengan pengedar
minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi
sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya
atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula
samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Hadis Persahabatan:
Jangkitan Orang Durjana
“Jangan bersahabat dengan
orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari
berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.”
(Al-Mustadrak ala al
Sahihain)
3. Suasana Persekitaran
Yang Baik ( Bi'ah Solehah)
Selain daripada berjemaah
perlu mencari persekitaran yang baik, jiran yang baik, rakan sekerja /
seperniagaan / sehobi yang mendorong kepada kebaikan. Kesan daripada kebaikan
tersebut akan memberi kesan di hati kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan