اعوذ
بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.
بسم الله الرحمن الرحيم.
بسم الله الرحمن الرحيم.
الله
ربنا..الله حسبنا..الله غيا تنا.
سيدنا محمد رسول الله صل الله عليه وسلم.
سيدنا محمد رسول الله صل الله عليه وسلم.
1. Jangan berkata kasar (QS
3 – Ali Imran : 159)
2. Tahanlah marah (QS 3 –
Ali Imran : 134)
3. Berbaiklah kepada orang
lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36)
4. Jangan sombong dan
bongkak (QS 7 – Al A’raaf : 13)
5. Maafkanlah kesalahan
orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)
6. Berbicaralah dengan nada
halus dan bersopan (QS 20 – Thaahaa : 44)
7. Rendahkanlah suaramu (QS
31 - Luqman : 19)
8. Jangan mengejek orang
lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)
9. Berbaktilah pada orang
tua (ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23)
10. Jangan mengeluarkan
kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23)
11. Jangan memasuki bilik
peribadi ibu bapa tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58)
12. Catatlah
hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)
13. Jangan mengikuti orang
secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)
14. Berikanlah lanjutan
waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan (QS 2 – Al Baqarah :
280)
15. Jangan makan
riba’/membungakan wang (QS 2 – Al Baqarah : l
16. Jangan melakukan
rasuah)(QS 2 – Al Baqarah : 188)
17. Jangan ingkar atau
melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)
18. Jagalah kepercayaan
orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)
19. Jangan campur adukan
kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)
20. Berlakulah adil
terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)
21. Tegakkanlah keadilan
dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)
22. Harta yang meninggal
harus dibagikan kepada anggota keluarga (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
23. Wanita memiliki hak
waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
24. Jangan memakan harta
anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)
25. Lindungi anak yatim (QS
2 – Al Baqarah : 220)
26. Jangan memboroskan harta
dengan sewenang-wenangnya (QS 4 – An Nisaa’ : 29)
27. Damaikanlah orang yang
berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)
28. Hindari perasangka
buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)
29. Jangan memfitnah orang
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
30. Jangan memfitnah orang
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
31. Gunakan harta untuk
kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)
32. Biasakan memberi makan
orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)
33. Bantulah orang fakir
yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)
34. Jangan menghabiskan
wang untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)
35. Jangan menyebut-nyebut
tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)
36. Hormatilah tetamu anda
(QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)
37. Perintahkan kebajikan
setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)
38. Jangan berbuat
kerosakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)
39. Jangan menghalangi
orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)
40. Perangilah mereka yang
memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)
41. Jagalah etika perang
(QS 2 – Al Baqarah : 191)
42. Jangan lari dari
peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)
43. Tidak ada paksaan untuk
memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)
44. Berimanlah kepada para
Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)
45. Jangan melakukan
hubungan jenis di saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)
46. Susuilah anak-anakmu
selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)
47. Jauhilah hubungan jenis
di luar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)
48. Pilihlah pemimpin dari
meritnya. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah :
247)
49. Jangan membebani orang
di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)
50. Jangan mahu dipecah
belah (QS 3 – Ali Imran : 103)
51. Renungkanlah keajaiban
dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)
52. Lelaki mahupun wanita mendapat
balasan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)
53. Jangan menikahi mereka
yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)
54. Keluarga harus di-imami
oleh seorang lelaki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)
55. Jangan kedekut (QS 4 –
An Nisaa’ : 37)
56. Jangan iri hati (QS 4 –
An Nisaa’ : 54)
57. Jangan saling membunuh
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)
58. Jangan membela
ketidakjujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)
59. Jangan bekerja-sama
dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
60. Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5
– Al Maa-idah : 2)
61. Majoriti bukanlah
merupakan kriteria kebenaran (QS 6 – Al An’aam : 116)
62. Berlaku adil (QS 5 – Al
Maa-idah:8)
63. Berikan hukuman untuk
setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)
64. Berjuanglah melawan
perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)
65. Dilarang memakan
binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)
66. Hindari minum racun dan
alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
67. Jangan berjudi (QS 5 –
Al Maa-idah : 90)
68. Jangan menghina
keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)
69. Jangan mengurangi
timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)
70. Makan dan minumlah
secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)
71. Kenakanlah pakaian yang
bagus di saat solat (QS 7 – Al A’raaf : 31)
72. Lindungi dan bantulah
mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)
73. Jagalah kemurnian (QS 9
– At Taubah : 108)
74. Jangan pernah putus asa
akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)
75. Allah mengampuni orang
yang berbuat dosa kerana kezahilan (QS 16 – An Nahl : 119)
76. Berserulah/ajaklah
kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)
77. Tidak ada seorangpun
yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)
78. Jangan membunuh anak-anakmu
kerana takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)
79. Jangan mengikuti
sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ :
36)
80. Jauhkan diri dari
perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)
81. Jangan memasuki rumah
orang lain tanpa izin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)
82. Allah menjamin balasan
kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An Nuur : 55)
83. Berjalanlah di muka
bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)
84. Jangan melupakan
kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)
85. Jangan menyembah Tuhan
selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)
86. Jangan terlibat dalam
homosexual (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)
87. Berbuat baik dan cegahlah
perbuatan munkar (QS 31 - Luqman : 17)
88. Janganlah berjalan di
muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)
89. Wanita dilarang
mempamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)
90. Allah mengampuni semua
dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)
91. Jangan berputus asa
akan keampunan dari Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)
92. Balaslah kejahatan
dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)
93. Selesaikan persoalan
dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)
94. Orang yang paling mulia
di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)
95. Tidak ada dikenal biara
dalam agama (Islam) (QS 57 – Al Hadid : 27)
96. Allah akan meninggikan
darjat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)
97. Perlakukan kaum bukan
Islam dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)
98. Hindari diri dari sifat
kikir (QS 64 – At Taghaabun : 16)
99. Mohon keampunan kepada
Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al Muzzammil : 20)
100. Jangan mengherdik
orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)
Shadaqallahul adzim, Maha
Benar ALLAH SWT dengan segala FirmanNya...
ALLAHU AKBAR.
ALLAHU AKBAR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan