Rasulullah
shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ
عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ قَالُوا : وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ يَا
رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : الرِّيَاءُ
“Sesungguhnya
yang paling aku takuti menimpa kalian adalah syirik kecil. Para sahabat
bertanya: Apa syirik kecil itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: (Syirik kecil
itu) riak.”
[HR. Ahmad dari Mahmud bin
Labid radhiyallahu’anhu, Ash-Shahihah: 951]
Syirik Kecil Adalah Dosa Terbesar Setelah Syirik Besar
Penyebutan syirik kecil
bukanlah bererti bahawa dosanya kecil, bahkan syirik kecil adalah dosa terbesar
setelah syirik besar. Hanya saja dikategorikan kecil apabila dibandingkan
dengan syirik besar. Sama halnya penyebutan dosa kecil bukanlah bererti bahawa
dosa tersebut boleh diremehkan, tetapi maksudnya kecil jika dibandingkan dengan
dosa besar.
Al-Imam Ibnul Qoyyim
rahimahullah juga berkata,
وَقَدْ قَصَّرَ مَا شَاءَ
أَنْ يُقَصِّرَ مَنْ قَالَ: إنَّ ذَلِكَ مَكْرُوهٌ، وَصَاحِبُ الشَّرْعِ
يَجْعَلُهُ شِرْكًا، فَرُتْبَتُهُ فَوْقَ رُتْبَةِ الْكَبَائِرِ
“Dan sungguh telah salah
orang yang mengatakan bahawa hukum bersumpah dengan selain nama ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA hanya makruh, padahal Penetap syari’at
mengkategorikannya sebagai perbuatan syirik (kecil), sedang tingkatannya lebih
besar dari dosa besar.”
[I’lamul Muwaqqi’in, 4/306]
Disebutkan dalam fatwa
Al-Lajnah Ad-Daimah lil Buhutsil ‘Ilmiyah wal Ifta’, “Ketika suatu dosa itu
adalah syirik kecil, tidaklah bererti bahawa seorang muslim boleh meremehkannya,
kerana sesungguhnya syirik kecil adalah dosa terbesar setelah syirik besar.
Sahabat yang Mulia Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata,
لأن أحلف بالله كاذبا أحب
إلي من أن أحلف بغيره صادقا
“Andai harus memilih maka
aku bersumpah dusta dengan nama Allah lebih aku sukai daripada bersumpah benar
dengan menyebut selain namaNya.”
[Fatawa Al-Lajnah, 15/165]
repost@taawundakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan