Mengenal aqidah
seorang imam besar Ahlu Sunnah merupakan perkara penting. Khususnya, bila sang
imam tersebut memiliki pengikut dan madzhab yang mendunia. Disebabkannya,
mengenal pernyataan Imam Syafi’i yang madzhabnya menjadi madzhab banyak kaum
muslimin di negeri ini, menjadi lebih penting dan mendesak, agar kita semua
dapat melihat secara nyata aqidah Imam asy-Syafi’i, dan dapat dijadikan
pelajaran bagi kaum muslimin di Indonesia.
Untuk itu, kami sampaikan di sini beberapa pernyataan beliau seputar permasalahan aqidah, yang diambil dari kitab Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, karya Dr. Muhammad bin Abdil-Wahab al-‘Aqîl.
Pernyataan Imam Syafi’i Dalam Masalah Kubur
1. Hukum Meratakan Kuburan.
وَ أُحِبُّ أَنْ لاَ يُزَادُ فِيْ القَبْرِ مِنْ غَيْرِهِ وَلَيْسَ
بأَنْ يَكُوْنَ فِيْهِ تُرَابٌ مِنْ غَيْرِهِ بَأْسٌ إِذَا زِيْدَ فِيْهِ تُرَابٌ
مِنْ غَيْرِهِ ارْتَفَعَ جِدًّا وَ إِنَّمَا أُحِبُّ أَنْ يُشَخِّصَ عَلَى وَجْهِ
الأَرْضِ شِبْرًا أَوْ نَحْوِهِ
“Saya suka
kalau tanah kuburan itu tidak ditinggikan dari selainnya dan tidak mengambil
padanya dari tanah yang lain. Tidak boleh, apabila ditambah tanah dari lainnya
menjadi tinggi sekali, dan tidak mengapa jika ditambah sedikit saja sekitar.
Saya hanya
menyukai ditinggikan (kuburan) di atas tanah satu jengkal atau sekitar itu.” [1]. (1/257)
2. Hukum Membangun Kuburan Dan Menemboknya.
وَ أُحِبُّ أَنْ لاَ يُبْنَى وَلاَ يُجَصَّصُ فَإِنَّ ذَلِكَ
يُشْبِهُ الزِّيْنَةَ وَ الْخُيَلاَءَ وَ لِيْسَ الْمَوْتُ مَوْضِعَ وَاحِدٍ
مِنْهَا زَلَمْ أَرَ قُبُوْرَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَ الأَنْصَارِ مُجَصَّصةً قَالَ
الرَّاوِيُ عَنْ طَاوُسٍ إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَهَى أَنْ تُبْنَى أَوْ تُجَصَّصُ وَقَدْ رَأَيْتُ مِنَ الْوُلاَةِ مَنْ يَهْدِمُ
بِمَكَّةَ مَا يُبْنَى فِيْهَا فَلَمْ أَرَ الْفُقَهَاءَ يُعِيْبُوْنَ ذَلِكَ
“Saya suka bila
(kuburan) tidak dibangun dan ditembok, kerana itu menyerupai penghiasan dan
kesombongan, dan kematian bukan tempat bagi salah satu dari keduanya. Dan saya
tidak melihat kuburan para sahabat Muhajirin dan Anshar ditembok.”
“Seorang perawi
menyatakan dari Thawus, bahawa Rasulullah SAW telah melarang kuburan dibangun
atau ditembok.”
Saya sendiri
melihat sebahagian penguasa di Mekah menghancurkan semua bangunan di atasnya
(kuburan), dan saya tidak melihat para ahli fikih mencela hal tersebut. [2].
(1/258)
3. Hukum Membangun Masjid Di Atas Kuburan.
وَ أَكْرَهُ أَنْ يُبْنَى عَلَى الْقَبْرِ مَسْجِدٌ وَ أَنْ
يُسَوَى أَوْ يُصَلَّى عَلَيْهِ وَ هُوَ غَيْرُ مُسَوَى أَوْ يُصَلََّى إِلَيْهِ
وَ إِنْ صَلَّى إِلَيْهِ أَجْزَأَهُ وَ قَدْ أَسَاءَ
“Saya melarang
dibangunkan masjid di atas kuburan dan disejajarkan atau dipergunakan untuk solat
di atasnya dalam keadaan tidak rata atau solat menghadap kuburan. Apabila ia solat
menghadap kuburan, maka masih sah namun telah berbuat dosa.”[3]. (1/261).
Pernyataan Imam Syafi’i Dalam Masalah Fitnah Kubur Dan
Kenikmatannya
وَ أَنَّ عَذَابَ القّبْرِ حَقٌّ وَ مُسَاءَلَةَ أَهْلِ ال}
قُبُوْرِ حَقٌّ
Sesungguhnya
Adzab kubur itu benar dan pertanyaan malaikat terhadap ahli kubur adalah benar
[4]. (2/420)
Pernyataan Imam Syafi’i Dalam Masalah Kebangkitan, Hisab, Syurga
dan Neraka
وَ البَعْثُ حَقٌّ وَ الْحِسَابُ حَقٌّ وَ الْجَنَّةُ وَ النَّارُ
وَغَيْرُ ذَلِكَ مَا جَاءَتْ بِهِ السُّنَنُ فَظَهَرَتْ عَلَى أَلْسِنَىِ
الْعُلَمَاءِ وَ أَتْبَاعِهِمْ مِنْ بِلاَدِ الْمُسلِمِيْنَ حَقٌّ
“Hari
kebangkitan adalah benar, hisab adalah benar, syurga dan neraka serta selainnya
yang sudah dijelaskan dalam sunnah-sunnah (hadits-hadits), lalu ada pada
lisan-lisan para ulama dan pengikut mereka di negara-negara muslimin adalah
benar.” [5]. (2/426)
Pernyataan Imam Syafi’i Dalam Masalah Bersumpah Dengan Nama
Selain Allah SWT
فَكُلُّ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللهِ كَرِهْتُ لَهُ وَ خَشِيْتُ
عَلَيْهِ أََنْ تَكُوْنَ يَمِيْنُهُ مَعْصِيَّةً وَ أَكْرَهُ الأَيْمَانَ بِاللهِ
عَلَى كُلِّ حَالٍ إِلاَّ فِيْمَا كَانَ طَاعَةً للهِ مِثْلُ الْبَيْعَةِ فِيْ
الْجِهَادِ وَ مَا أَشْبَهَ ذَلِكَ
“Semua orang
yang bersumpah dengan selain Allah, maka saya melarangnya dan mengkuatirkan
pelakunya, sehingga sumpahnya itu adalah kemaksiatan. Saya juga membenci
bersumpah dengan nama Allah dalam semua keadaan, kecuali hal itu adalah
ketaatan kepada Allah, seperti berbai’at untuk berjihad dan yang serupa
dengannya.” [6]. (1/271)
Pernyataan Imam Syafi’i Tentang Syafa’at
فَكَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرَتَهُ الْمُصْطَفَى
لِوَحْيِهِ الْمُنْتَخَبَ لِرِسَالَتِهِ الْمُفَضَّلَ عَلَى جَمِيْعِ خَلْقِهِ
بِفَتْحِ رَحْمَتِهِ وَ خَتْمِ نُبُوَّتِهِ وَ أَعَمَّ مَا أَرْسَلَ بِهِ مُرْسَلٌ
قَبْلَهُ
“Beliau
(Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ) adalah manusia terbaik yang dipilih
Allah untuk wahyunya lagi terpilih sebagai RasulNya dan yang diutamakan atas
seluruh makhluk dengan membuka rahmatNya, penutup kenabian, dan lebih
menyeluruh dari ajaran para rasul sebelumnya. Beliau ditinggikan namanya di
dunia dan menjadi pemberi syafa’at, yang syafa’atnya dikabulkan di akhirat.” [7]. (1/291).
Beliau juga
menyatakan tentang syarat diterimanya syafa’at:
وَاسْتَنْبَطْتُ الْبَارِحَةَ آيَتَيْنِ فَمَا أَشْتَهِيْ
بِاسْتِنْبِاطِهَا الدُّنْيَا وَ مَا قَبْلَهَا (وَهِيَ قِوْلُهُ تَعَالَى) :
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ وَفِيْ
كِتَابِ اللهِ هَذَا كَثِيْرٌ. (قَالَ تَعَالَى) : مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ
عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ فَعَطَّلَ الشُّفَعَاءَ إِلاَّ بِإِذْنِ اللهِ
“Semalam saya
mengambil faidah (istimbâth) dari dua ayat yang membuat saya tidak tertarik
kepada dunia dan yang sebelumnya. Firman Allah: … Dia bersemayam di atas ‘Arsy
(singgasana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi
syafa’at kecuali sesudah ada keizinanNya….” -Yunus/10 ayat 3.
Dan dalam
kitabullah, hal ini banyak: … “Siapakah yang dapat memberi
syafaat di sisi ALLAH tanpa izinNya?
al-Baqarah/2
ayat 256)
Syafa’at tertolak kecuali dengan izin Alllah [8]. (1/291).
Pernyataan Imam Syafi’i Tentang Sifat Istiwa’ Bagi Allah SWT
الْقَوْلُ فِيْ السُّنَّةِ الَّتِيْ أَنَا عَلَيْهَا وَ رَأَيْتُ
عَلَيْهَا الَّذِيْنَ رَأَيْتُهُمْ مِثْلَ سُفْيَانَ وَ مَالِكٍ وَ غَيْرِهِمَا
الإقْرَارُ بِشَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُوْلُ اللهِ وَ أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ يَقْرُبُ مِنْ
خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ وَ يَنْزِلُ إِلَى السَّمَاء الدُّنْيَا كَيْفَ شَاءَ…
Pendapatku
tentang sunnah (aqidah) yang saya berada di atasnya, dan saya lihat dimiliki
oleh orang-orang yang saya lihat, seperti Sufyaan, Maalik dan selainnya, ialah
berikrar dengan syahadatain (Lâ Ilâha illallah wa Anna Muhammadar-Rasulullah),
(beriman) bahwa Allah berada di atas ‘ArsyNya di atas langit, mendekat dari
makhlukNya bagaimana Dia suka, dan turun ke langit dunia bagaimana Dia suka…”
(2/354-355)
Pernyataan Imam Syafi’i Tentang Sifat Nuzul (Turun) Bagi Allah
SWT
وَ أَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لِيْلَةٍ إِلَى سَمَاء الدُّنْيَا
بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Allah SWT turun
setiap malam ke langit dunia dengan dasar berita Rasulullah SAW. (2/358).
وَ أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ يَقْرُبُ مِنْ
خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ وَ يَنْزِلُ إِلَى السَّمَاء الدُّنْيَا كَيْفَ شَاءَ
Sesungguhnya
Allah berada di atas ‘ArsyNya di atas langitNya, mendekat dari makhlukNya
bagaimana Dia suka, dan Allah SWT turun ke langit dunia bagaimana Dia suka. (2/358).
Pernyataan Imam Syafi’i Tentang Sifat Tangan Bagi Allah SWT
Sesungguhnya Allah memiliki dua tangan dengan dasar firman Allah SWT, (yang ertinya):
“Orang-orang
Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu,” sebenarnya tangan merekalah yang
dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan
itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan
sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu
sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di
antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara
mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan, Allah
memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak
menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.”
(Surah
al-Maidah/5 ayat 64)
“Dan
sungguh Dia juga memiliki tangan kanan dengan dasar firman Allah, (yang ertinya):
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, pada
hal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat, dan langit digulung
dengan tangan kananNya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka
persekutukan.”
(Surah
az-Zumar/39 ayat 67)
Pernyataan Imam Syafi’i Tentang Melihat Allah SWT di Akhirat
عَنِ الرَبِيْعِ بْنِ سُلَيْمَانَ قَالَ كُنْتُ ذَاتَ يَوْمٍ
عِنْدَ الشَّافِعِيِ رحمه الله زَ جَاءَهُ كِتَابٌ مِنَ الصَّعِيْدِ
يَسْأَلُوْنَهُ عَنْ قَوْلِ اللهِ تَعَالَى : كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ
يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ فَكَتَبَ فِيْهِ لَمَّا حَجَبَ اللهُ قَوْمًا
بِالسَّخَطِ دَلَّ عَلَى أَنَّ قَوْمًا يَرَوْنَهُ بِالرِّضَا قَالَ الرَّبِيعُ :
أَوَتَدِيْنُ بِهَذَا يَا سَيِدِيْ قَألَ : وَ اللهِ لَوْ لَمْ يُقِنَّ مُحَمَّدُ
بْنُ إِدْرِيْسِ أَنَّهُ يَرَى رَبَّهُ فِيْ الْمَعَادِ لَمَّا عَبَدَهُ فِيْ
الدُّنْيَا
Daripada
ar-Rabi’ bin Sulaiman, beliau berkata: “Suatu hari saya berada di dekat
asy-Syafi’i dan datang surat dari daerah ash-Sha’id. Mereka menanyakan kepada
beliau tentang firman Allah, (yang ertinya): Sekali-kali tidak, sesungguhnya
mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Rabb mereka. (Surah
Muthaffifin/83 ayat 15) lalu beliau menulis (jawapan) berisi (pernyataan),
ketika Allah menghalangi satu kaum dengan sebab kemurkaan, maka menunjukkan bahawa
orang-orang melihatNya dengan sebab keredaan.”
Ar-Rubayyi’
bertanya: “Apakah engkau beragama dengan hal ini, wahai tuanku?”
Lalu beliau menjawab: “Demi Allah! Seandainya Muhammad bin Idris tidak meyakini bahawa ia melihat RabbNya di akhirat, tentu ia tidak menyembahNya di dunia.” (2/286).
Lalu beliau menjawab: “Demi Allah! Seandainya Muhammad bin Idris tidak meyakini bahawa ia melihat RabbNya di akhirat, tentu ia tidak menyembahNya di dunia.” (2/286).
عَنِ ابْنِ هَرَمٍ الْقَرَشٍيْ يَقُوْلُ سَمِعْتُ الشَّافِعِيَ
فِيْ قَوْلِهِ تَعَالَى : كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ
لَمَحْجُوبُونَ قَالَ فَلَمَّا حَجَبَهُمُ فِيْ السَخَطِ كَانَ دَلِيْلاً عَلَى
أَنَّهُمْ يَرَوْنَهُ فِيْ الرِّضَا
Daripada Ibnu
Haram al-Qurasyi, beliau berkata: “Saya mendengar asy-Syafi’i mengatakan pada
firman Allah SWT: “Sekali-kali
tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat)
Rabb mereka.”
(Muthaffifin/83
ayat 15)
ini adalah
dalil bahawa para waliNya melihatNya pada hari Kiamat.[9] (2/387).
Sikap Imam Syafi’i Terhadap Syi’ah
عَنْ يُوْنُسِ بْنِ عَبْد الأَعْلِى يَقُوْلُ : سَمِعْتُ
الشَّافِعِي إِذَا ذُكِرَ الرَّافِضَةُ عَابَهُمْ أَشَّدَّ الْعَيْبِ فَيَقُوْلُ
شَرَّ عِصَابَةِ
Daripada Yunus
bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila
disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan
berkata: “Kelompok terjelek.” [10]. (2/486).
لَمْ أَرَ أَحَدًا أَشْهَد بِالزُّوْرِ مِنَ الرَّافِضَةِ
“Saya belum
melihat seorangpun yang paling banyak bersaksi palsu daripada Syi’ah Rafidhah.” [11]. (2/486).
قَالَ الشَّافَعِيُّ فِيْ الرَّافِضَةِ يَحْضُرُ الْوَقِعَةِ : لاَ
يُعْطَى مِنَ الْفَيْءِ شَيْئًا لأَنَّ اللهَ تَعَالَى ذَكَرَ آيَةَ الْفَيْءِ
ثُمَّ قَالَ : جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ فَمَنْ لَمْ يَقُلْ بِهَا
لَمْ يَسْتَحِقَّ
Asy-Syafi’i
berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak diberi
sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah SWT menyampaikan ayat fa’i
(harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang
sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya
Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih
dahulu dari kami.”
(Surah
al-Hasyr/59 ayat 10)
Maka
barangsiapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan
bahagian fa’i) [12]. (2/487).
Sikap Imam Syafi’i Terhadap Shufiyah (Tashawwuf)
لَوْ أَنَّ رَجُلاً تَصَوَّفَ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ لَمْ يَأْتِ
عَلَيْهِ الظُّهْرُ إِلاَّ وَجَدْتُه أَحْمَقُ
“Seandainya
seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, nescaya sebelum datang waktu
Zuhur, engkau dapati ia, kecuali menjadi orang bodoh.” [13]. (2/503).
مَا رَأَيْتُ صُوْفِيًّا عَاقِلاً قَطْ إِلاَّ مُسْلِم الْخَوَاص
Saya, sama
sekali tidak mendapatkan seorang sufi berakal, kecuali Muslim al-Khawash. [14]. (2/503).
أُسَسُ التَّصَوُّفِ الْكَسَلُ
Asas tasawwuf
adalah kemalasan. [15]. (2/504).
لاَ يَكُوْنُ الصُّوْفِيْ صُوْفِيًّا حَتَّى يَكُوْنَ فِيْهِ
أَرْبَعُ خِصَالٍ : كَسُوْلٌ , أَكُوْلٌ, شُؤُوْمٌ , كَثِيْرُ الفُضُوْلِ
Tidaklah
seorang sufi menjadi sufi, hingga memiliki empat sifat: malas, suka makan,
sering merasa sial, dan banyak berbuat sia-sia. [16]. (2/504).
Demikian,
sebagian pernyataan dan sikap beliau, agar diketahui bagaimana seharusnya
mengikuti beliau dengan benar. Semoga bermanfaat.
[Disalin dari
majalah As-Sunnah Edisi 01/Tahun XII/1429/2008M. Penerbit Yayasan Lajnah
Istiqomah Surakarta, Jl. Solo-Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183
Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]
Footnote
[1]. Syarah Muslim 2/666
[2]. al Umm 1/277 dengan sedikit perubahan
[3]. al Umm 1/278
[4]. al I’tiqad karya Imam al Baihaqiy
[5]. Manaqibus Syafi’i, karya Imam al Baihaqiy 1/415
[6]. al Umm 7/61
[7]. ar Risalah 12-13
[8]. Ahkamul Qur’an 2/180-181
[9]. al Manaqib dan I’tiqad 1/420
[10]. al Manaqib, karya al Baihaqiy 1/468
[11]. Adabus Syafi’i, hlm. 187, al Manaqib karya al Baihaqiy 1/468 dan Sunan al Kubra 10/208
[12]. at Thabaqat 2/117
[13]. al Manaqib lil Baihaqiy 2/207
[14]. al Manaqib lil Baihaqiy 2/207
[15]. al Hilyah 9/136-137
[16]. Manaqib lil Baihaqiy 2/207
Sumber: https://almanhaj.or.id/3342-pernyataan-imam-syafii-dalam-ma…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan