Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 28 Disember 2018

T 25 : KENIKMATAN SYURGA TIADA BANDINGANNYA DI DUNIA


Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً

“Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap Jumaat. Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang ke isteri-isteri mereka dalam keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata, ‘Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.’ Mereka pun berkata, ‘Kalian pun semakin bertambah indah dan cantik.”
(HR. Muslim no. 7324)

Keadaan Di Pasar Syurga

Sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah, pasar di syurga adalah tempat berkumpul penduduk syurga. Beliau berkata,

المراد بالسوق مجمع لهم يجتمعون كما يجتمع الناس في الدنيا في السوق ، ومعنى ( يأتونها كل جمعة ) أي : في مقدار كل جمعة أي أسبوع ، وليس هناك حقيقة أسبوع لفقد الشمس والليل والنهار

“Yang dimaksudkan dengan pasar adalah tempat berkumpulnya manusia sebagaimana manusia di dunia berkumpul di pasar. Maksud dari ‘mereka mendatangi setiap hari Jumaat adalah sebagaimana perkiraan lama waktu tiap Jumaat iaitu seminggu. Bukanlah makna ‘seminggu’ yang sebenarnya kerana tidak ada matahari, siang dan malam (di syurga).”
(Syarh Muslim 16/170, syamilah)

Dan salah satu kenikmatan manusia adalah berjumpa dengan saudara dan sahabat-sahabat akrab mereka, saling bertegur sapa, menanyakan keadaan masing-masing, saling bersenda bergurau ringan. Ini menimbulkan kebahagiaan dan kenikmatan, apalagi sudah lama sekali tidak bertemu. Maka di syurga juga disediakan kenikmatan seperti ini. Maka di syurga juga disediakan keperluan untuk menikmati hal ini.
Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah,

إن سوق الجنة هو مكان اللقاء للمؤمنين بعضهم لبعض؛ لازدياد النعيم بما يجدونه من لذة وسؤدد ، وتحدث بعضهم لبعض؛ وتذاكرهم بما كان في الدار الدنيا وما آلوا إليه في الدار الآخرة؛ ويتجدد هذا اللقاء كل جمعة كما جاء في الحديث؛ لرؤية بعضهم لبعض وأنس بعضهم ببعض

“Pasar di syurga adalah tempat bertemunya kaum muslimin satu sama lain supaya bertambah kenikmatan. Merasakan kelazatan saling berbincang-bincang. Dan saling mengenang apa yang terjadi di dunia dan membicarakan apa yang mereka dapatkan di akhirat. Mereka bertemu setiap Jumaat sebagaimana pada hadis, agar mereka boleh saling berjumpa satu sama lain.”
(Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214)

Demikianlah ahli syurga, sebagaimana jika kita bertemu dengan sahabat lama dan berkumpul semula maka sangat terasa nikmat dan bahgia jika kita mengenang masa-masa lalu yang indah, misalnya masa-masa ketika mula menerima kesedaran Islam, bersama suka duka dalam berdakwah, masa-masa ketika belajar bersama dan menjalani kehidupan bersama.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada jual-beli di syurga. Yang ada hanya barang perniagaan yang boleh diambil ikut kehendak kita sendiri. Ini juga merupakan kenikmatan walaupun sebenarnya mereka boleh meminta apa yang mereka inginkan di syurga. Jika ada orang yang kesukaannya berbelanja, maka kenikmatan itu juga ada di syurga. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.”
(Surah Az-Zukhruf ayat 71)

dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ

“Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.”
(Surah Qaaf ayat 35)

Hanya Lelaki Saja Yang Ke Pasar Syurga?

Syaikh Abdullah Al Faqih menyatakan,

فظاهر هذا الحديث أن الذين يذهبون إلى السوق هم الرجال وحدهم دون النساء. وذلك لأن الحديث ذكر أنهم يرجعون من السوق إلى أهليهم، يعني زوجاتهم، فدل رجوعهم إليهن على أنهن لم يكن يرافقنهم

“Zahir hadis menunjukkan bahawa yang pergi ke pasar syurga hanyalah lelaki tanpa wanita. Dalam hadis disebutkan bahawa mereka kembali kepada keluarga mereka dari pasar iaitu isteri-isteri mereka. Kembalinya lelaki kepada isteri mereka menunjukkan bahawa isteri mereka tidak ikut ke pasar syurga.”

Akan tetapi para wanita tidak perlu kecewa seandainya pendapat ini benar. Kerana berkumpul dan keluarnya penduduk syurga tidak hanya di pasar syurga saja. Akan tetap mereka saling mengunjungi di rumah dan saling bertemu.

Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah,

ولم يكن لقاء بعضهم لبعض في سوق الجنة فحسب ، بل يتزاورون في المنازل ، وفي مخير المنازل من مرافق ، تحت الأشجار ، وعلى شواطئ الأنهار ، وفي جميع المنتزهات المختلفة ، متى شاءوا من الأوقات التي تتناسب معهم ويرتاحون لها بل ويرغبونها
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : إن أهل الجنة ليتزاورون فيها
إنها الزيارات الممتعة ، والحياة السعيدة ، والأنس الذي لا ينقطع ، واللذة المستمرة

“Tidaklah pertemuan penduduk syurga hanya di pasar saja akan tetapi mereka saling mengunjungi di rumah-rumah (istana) mereka, Mereka boleh bertemu di bawah pohon, di pinggir sungai dan di semua tempat rekreasi yang bermacam-macam. Bila saja mereka ingin jika waktunya sesuai, mereka menikmatinya dan menginginkannya.”

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

“Sesungguhnya penduduk syurga saling mengunjungi.”

Inilah saling mengunjungi yang memuaskan, kehidupan yang bahagia, hubungan sosial yang tidak terputus dan kelazatan yang terus-menerus.”
(Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan