Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 28 Disember 2018

T 38 : HIKMAH MANFAAT AMALAN BERISTIGHFAR DIJADIKAN SEBAGAI AMALAN


Selain dapat pahala dengan amalan Istighfar. Amalan itu juga membersihkan hati kita selain amalan Zikrullah. Rasulullah SAW bersabda:

ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﻗﻠﺐ ﺃﺟﺮﺩ ﻓﻴﻪ ﺳﺮﺍﺝ ﻳﺰﻫﺮ ﻓﺬﻟﻚ ﻗﻠﺐ ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﻭﻗﻠﺐ ﺃﺳﻮﺩ ﻣﻨﻜﻮﺱ ﻓﺬﻟﻚ ﻗﻠﺐ ﺍﻟﻜﺎﻓﺮ ﻭﻗﻠﺐ ﺃﻏﻠﻒ ﻣﺮﺑﻮﻁ ﻋﻠﻰ ﻏﻼﻓﻪ ﻓﺬﻟﻚ ﻗﻠﺐ ﺍﻟﻤﻨﺎﻓﻖ ﻭﻗﻠﺐ ﻣﺼﻔﺢ ﻓﻴﻪ ﺇﻳﻤﺎﻥ ﻭﻧﻔﺎﻕ 

“Hati itu empat macam: hati yang bersih, padanya pelita yang bersinar gemilang. Maka itulah hati orang mukmin. Hati hitam terbalik, maka itulah hati orang kafir. Hati terbungkus yang terikat bungkusannya. Itulah hati orang munafiq. Dan hati yang melintang, padanya keimanan dan kemunafikan.”
( HR Ahmad dan Ath-Thabrani dari Abi Sa’id)

Selain itu. Dengan amalan beristighfar membuatkan hati senang jiwa tenang fikiran lapang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Berbahagialah mereka yang mendapati lembaran-lembaran amalnya dipenuhi dengan istighfar yang banyak.”
(HR. Ibnu Majah, Nasa’i dan Thabrani.)

Beristighfar itu juga kita mohon keampunan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dengan amalan itu juga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA permudahkan urusan kita murahkan rezeki kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH) nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(HR.Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Jom kita sama-sama amalkannya. Jauhi fitnah caci cela kerana dari situ punca hati susah menderita jiwa tertekan dada dan fikiran sempit kerana jauh dari rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan