Satu hari seperti setahun,
satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti
hari-hari kamu sekarang.
Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi
Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia
akan hidup di bumi selama 40 hari.
Tanya kami; “Berapa lamakah
Dajjal akan tinggal di bumi?” Jawab Rasullullah SAW:
“Selama empat puluh (40) hari,
satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti
seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya
Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti
solat sekarang?” Jawab Rasullullah SAW;
“Tidak” tetapi hitunglah
bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal
hidup dalam 4 peringat, iaitu:
1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita
Apabila harinya seperti
hari-hari kita, Dajjal akan berada dalam dimensi masa manusia. Tapi sebelum
itu, pada 3 peringkat terawal, Dajjal telah wujud di dunia akan tetapi Dajjal
tidak berada dalam dimensi masa manusia kerana harinya tidak akan sama dengan
hari kita. Apabila Dajjal berada dalam dimensi masa kita, kita akan boleh
melihat dia pada waktu itu. Pada masa itu, Dajjal akan muncul sebagai seorang
manusia (bukan lagi muncul dalam sistem pemerintahan dan tamadun seperti 3
peringat terawal).
Dajjal seorang yang
berketurunan Yahudi, seorang pemuda yang bertubuh sasa dan berambut kerinting.
Pada waktu itu, apabila Dajjal muncul di dunia dalam dimensi masa kita, Dajjal
akan muncul dari arah Timur. Rasulullah SAW menuding jari baginda ke arah Timur
sebanyak 20 kali.
Peringkat Pertama: "satu
hari seperti setahun."
Di manakah Dajjal pada
peringkat ini?
Kita bernasib baik kerana
kita ada jawapannya dari Sahih Muslim. Hadis ini dikenali sebagai Hadis Tamim
ad-Dari. Beliau pada mulanya merupakan seorang Kristian dan memeluk agama Islam
dengan mengucap kalimah syahadah di Madinah. Beliau datang kepada Nabi Muhammad
SAW dan meriwayatkan pengalaman yang beliau telah lalui (rujuk Bab Pertama di
atas).
Ianya bermula di BRITAIN!
(Pax Britannica: Peringkat pemerintahan pertama Dajjal dalam dimensi masa
berlainan)
Buktinya, pada tahun 1917, Setiausaha Kerajaan British, Lord Balfour
telah mengumumkan Deklarasi Balfour. Pada masa itu Britain merupakan suatu
kuasa besar dunia.
Beliau mengumumkan dalam deklarasi tersebut bahawa Kerajaan British berhasrat
untuk meneruskan usaha penempatan Kaum Yahudi di Palestin.
Pada tahun 1919, General
British yang telah mengetuai angkatan tentera yang mengalahkan Kerajaan Turki
Ottoman, dari perspektif kaum Yahudi, Tanah Suci Jerusalem telah dimerdekakan
dan pada masa sama Britain telah menjadi sebuah kuasa dunia.
Britain kemudiannya menjadi
kuasa pemerintah Tanah Suci dan Liga Bangsa pada masa itu telah menganugerahkan Britain kuasa mandat
untuk mengawal Tanah Suci.
Britain mengawal Tanah Suci dari tahun 1919 sehingga 1948.
Pada tahun 1948, Britain
bertindak sebagai 'bidan' yang bakal menyambut kelahiran seorang bayi. 'Bayi'
itu adalah Negara Israel.
Melihat kepada semua yang
telah berlaku, Sheikh Imran telah membuat kesimpulan bahawa Pulau yang dijumpai
oleh Tamim ad-Dari itu adalah Britain! Bermula dari Britain-lah, Dajjal telah
dibebaskan dan memulakan misinya untuk menipu Bani Israel dan memperlihatkan
kepada mereka bahawa Zaman Kegemilangan (II) mereka sudah kembali.
Asasnya, semuanya terkandung
dalam Hadis Sahih Muslim, iaitu Hadis Tamim ad-Dari. Semasa Dajjal melancarkan
misinya dari Britain, Tanah Suci telahpun dimerdekakan dari pemerintahan bukan
Yahudi.
Semasa Dajjal berpangkalan di
Britain, Yahudi telah kembali semula ke Tanah Suci serta Negara Israel
dibangunkan kembali. Tiga daripada empat misi al-Massih yang disebutkan di atas
telah berjaya dilaksanakan. Dengan ini, majoriti daripada Yahudi telah yakin
bahawa semua ini (konon) adalah rahmat daripada Allah.
Apabila Dajjal berada pada
waktu "satu hari bersamaan dengan satu tahun", dia berada di sebuah
pulau (Britain) menurut hadis Sahih Muslim iaitu Tamim Ad-Dari, di manakah dia
berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan?"
Peringkat Kedua: "satu
hari seperti sebulan"
Di manakah dia berada pada
pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan?" Adakah dia
berpindah ke kawasan yang lain? Sekiranya dia berpindah ke kawasan yang lain,
bagaimana kita boleh mengenal pastinya?
Sheikh Imran Hosein
menggunakan kayu ukur untuk menentukan dan mengenalpasti samada Dajjal
berpindah ke kawasan lain atau Dajjal tidak lagi berada dalam tempoh "satu
hari bersamaan dengan setahun" adalah dengan melihat sekutu kepada Negara
Israel itu sendiri, iaitu sekutu yang menjamin keselamatannya dan sekutu yang
menyokongnya secara berterusan dan menjadikan Negara Israel itu semakin kuat.
Adakah ia di Britain? Jawapannya adalah tidak.
Ada pihak lain yang mengambil
alih daripada Britain sebagai sekutu yang strategik bagi Israel. Britain masih
menjadi sekutu bagi Israel, akan tetapi sekarang ada sekutu lain yang lebih
penting daripada Britain. Jawapannya adalah Amerika
Syarikat.
Ianya berpindah ke Amerika Syarikat!
(Pax Americana: Peringkat pemerintahan kedua Dajjal dalam dimensi masa
berlainan)
Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba menjadi sekutu kuat bagi Israel
pada masa sekarang.
AS menyokong Israel dari segi kewangan, material dan juga dalam hal-hal
ketenteraan. Sheikh Imran Hosein membuat kesimpulan mudah bahawa Dajjal tidak
lagi berada di Britain pada waktu sehari bersamaan dengan sebulan.
Britain telah memberi laluan kepada negara lain untuk mengambil alih
kuasa. Britain pernah menjadi kuasa besar dan pernah memerintah dunia, tetapi
sekarang negara lain secara tiba-tiba telah mengambil alih dari Britain untuk
menjadi kuasa pemerintah dunia dan menjadi sekutu kuat bagi Israel. Ini tidak
lain tidak bukan adalah Amerika Syarikat. Bilakah peralihan 'setahun' ke
'sebulan' ini berlaku?
Bukti pertama ialah semasa Perang Dunia Kedua kerana semasa terjadinya
Perang Dunia Kedua, semua tentera bersekutu di Benua Eropah untuk menentang
Hitler, Arahan utama adalah berada di bawah Jeneral Eisenhower, seorang Jeneral
Amerika. Ini
adalah bukti kukuh yang menunjukkan bahawa AS telah mengambil alih daripada
Britain.
Bukti yang kedua ialah semasa penghujung Perang Dunia Kedua iaitu pada
tahun 1945, komuniti antarabangsa telah bersama-sama menganjurkan persidangan
di Bretton Woods, di bahagian utara New York, untuk mencipta satu sistem
kewangan antarabangsa yang baru.
Sebelum ini, London pernah
menjadi pusat kewangan dunia semenjak Bank of England ditubuhkan lebih kurang
200 tahun lalu dan nilai mata wang tertinggi ketika itu adalah pound sterling
British.
Tetapi sesuatu yang pelik
telah berlaku di Bretton Woods iaitu Perjanjian
Bretton Woods telah mengangkat nilai mata wang Dollar AS dan perjanjian itu
juga telah menjadikan Washington sebagai pusat kewangan dunia kerana
International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia sekarang adalah terletak di
Washington. Ini
adalah bukti kedua yang menunjukkan bahawa Britain telahpun berundur diri dan
AS telah mengambil alih kuasa pemerintah dunia.
Bukti yang ketiga adalah
lebih dramatik daripada itu. Pada tahun 1952, satu revolusi telah tercetus di
Mesir dan Raja Mesir, King Farouk telah digulingkan oleh angkatan tentera dan
angkatan tentera telah mengiktiraf Jeneral Muhammad Naquib sebagai Presiden
akan tetapi beliau hanya berperanan sebagai ketua perhimpunan kerana ada
sekumpulan pegawai tentera lain yang sebenarnya lebih berkuasa.
Muhammad Naquib kekal menjasi
presiden dari tahun 1952 sehingga tahun 1956. Tetapi pada tahun 1955, telah
berlangsungnya persidangan penting antara negara Asia dan Afrika di Bandung,
Indonesia.
Semasa persidangan di
Bandung, Muhammad Naquib tidak hadir untuk mewakili Mesir tetapi diganti dengan
Gamal Abdul Nasser. Itu adalah petanda terhadap siapa yang sebenarnya berkuasa.
Pada tahun 1956, Gamal Abdul Nasser menggantikan Muhammad Naquib sebagai
Presiden Mesir. Tidak lama selepas itu, pada tahun yang sama, Gamal Abdul
Nasser telah menasionalisasikan Terusan Suez.
Terusan Suez dibina oleh
seorang jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Dan kemudiannya pihak Britain
dan Perancis bersama-sama menguasai Terusan Suez. Gamal Abdul Nasser ingin
menasionalisasikan Terusan Suez dengan membawa tentera Britain dan Perancis
keluar dari situ dan tentera Mesir kemudiannya mengambil alih Terusan Suez.
Ini secara terang-terangan
merupakan satu bentuk konfrontasi terhadap Britain. Demi mempertahankan status
sebagai kuasa besar, Britain telah memberi respon dengan mengeluarkan AS dari
pakatan dan Britain kemudiannya bersama-sama dengan Perancis menyertai Israel
dalam menceroboh Mesir. Mereka mendarat di Suez dan menawan Suez.
Askar Israel juga memasuki
kawasan Semenanjung Sinai dan menawan seluruh Sinai dan tentera Israel tiba di
Terusan Suez. Apa yang berlaku, Jeneral AS, Dwight Aisenhower berkata. 'Tidak'!
'Saya tidak membenarkan pencerobohan ini berlaku' dan 'Undur tentera kamu dan
Balik!’
Perdana Menteri Britain pada
masa itu, Sir Anthony Eden terpaksa mengundurkan tenteranya sama terjadi kepada
tentera Perancis dan Israel oleh kerana Presiden AS berkata 'Tidak'! Ini adalah
bukti ketiga dan juga paling dramatik yang AS telah mengambil alih daripada
Britain sebagai kuasa pemerintah dunia.
Sheikh Imran Hosein tidak
menyatakan tarikh-tarikhnya (kedatangan Dajjal) di sini sebab beliau mahu kita
mengira sendiri. Pertama, itu adalah apabila satu harinya bersamaan dengan
setahun, ini adalah waktu apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan. Apa
pula yang terjadi selepas itu? Sekarang adalah masa kalian untuk berfikir.
Di setiap arteri-arteri
kuliah Sheikh Imran. beliau tidak pernah lupa mengungkap 'Allah Knows Best'
Allahu A'lam -Allah Lebih Mengetahui.
Peringkat Ketiga: "satu
hari seperti seminggu"
Demi menyempurnakan misinya,
Dajjal perlu bergerak dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada
waktu satu harinya bersamaan dengan seminggu. Sekiranya dia berada di satu
kawasan semasa satu harinya bersamaan dengan setahun dan kawasan itu menjadi
kuasa pemerintah, dan kemudian apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan
dia berpindah ke satu lagi kawasan baru dan negara itu juga menjadi kuasa
pemerintah, dan apabila satu harinya bersamaan dengan seminggu dia akan
berpindah ke kawasan atau negara ketiga dan negara ketiga ini akan menggantikan
AS sebagai kuasa pemerintah dunia. Akan tetapi, negara ini tidak akan
memerintah lama dan hanya mengambil masa yang singkat. Negara manakah ia? Yahudi? Ya.
semestinya!
Ianya berpindah ke Yahudi!
(Pax Judaica: Peringkat pemerintahan ketiga Dajjal dalam dimensi masa
berlainan)
Bukti pertama, tertubuhnya Negara Yahudi disebabkan
oleh Kerajaan AS dan adanya orang seperti Jonathan
Pollard. Negara Israel mempunyai senjata-senjata nuklear yang cukup untuk
sekali lagi menjadi kuasa besar dunia.
Tetapi untuk mendapat
pengiktirafan sebagai kuasa pemerintah dunia, Israel hendaklah mempunyai
sesuatu yang hebat untuk dpertontonkan, sesuatu yang berkaitan dengan
ketenteraan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Apabila Yahudi berjaya
melakukannya, ia hendaklah keluar dari latihan ketenteraan itu dan muncul
sebagai sebagai kuasa dominan di kawasan tersebut supaya semua kawasan di
sekitar Yahudi.
Bukti kedua, Semasa Britain
menjadi kuasa pemerintah dunia dahulu, London pernah menjadi pusat kewangan
dunia.
Semasa AS menjadi kuasa
pemerintah dunia, Washington pernah menjadi pusat kewangan dunia dibantu oleh
New York. Sekiranya Yahudi perlu mengambil alih kuasa
pemerintah dunia, sesuatu yang dramatik juga perlu berlaku dalam sistem
kewangan di seluruh dunia.
Dan kesan daripada itu, pusat
kewangan dunia telah beralih kepada Jerusalem.
Sistem kewangan antarabangsa sekarang berlandaskan kepada penggunaan wang
kertas (penipuan). Sistem kewangan ini memang merupakan satu penipuan kerana
keseluruhan sistem kewangan dunia berhubung kepada satu matawang iaitu AS
Dollar kerana apabila matawang AS Dollar jatuh, ia akan menjatuhkan keseluruhan
sistem. jadi, bolehkah nilai matawang AS Dollar jatuh? Jawapannya ialah 'Ya'.
Sesuatu akan berlaku yang mana akan menjatuhkan nilai matawang AS Dollar.
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya, "Akan tiba
suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai (sebagai wang) kecuali Dinar (emas)
& Dirham (perak)." (Musnad Imam Ahmad Bin Hambal)
Kita terpaksa menanggung akibat itu sekarang kerana mengabaikan sunnah
baginda iaitu syiling emas dan perak. Sistem kewangan antarabangsa sekarang
berada di bawah kawalan sistem perbankan Yahudi.
Jika mereka mahu, mereka
boleh saja menjatuhkan nilai AS dollar hari ini kerana mereka mampu
melakukannnya kerana Washington telah mencetak wang kertas terlalu banyak. Kesimpulannya, dua perkara berlaku iaitu pertama, sistem kewangan perlu
jatuh dan selepas itu, Yahudi akan menguasai kewangan dunia. Kedua, mereka
haruslah mempunyai sistem ketenteraan yang mantap.
Dan apabila tentera Yahudi
ini mula menyerang, mereka menggunakan hujah 'kami terdesak' dan cuba
mempertahankan diri mereka. Untuk melakukan semua ini, prosesnya bermula di
mana Ariel Sharon memasuki Masjid al-Aqsa bersama dengan 1000 askar Israel
dalam tindakannya yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi supaya semangat
Intifada dihidupkan kembali.
Apabila pembunuhan berlaku, Yahudi
akan mula berbicara tentang keamanan tetapi pada masa yang sama mereka terus
membunuh untuk membangkitkan semangat orang Palestin. Dan apabila penindasan
terus meningkat, ia akan mula membangkitkan kesedaran di kalangan orang Arab
untuk bersekutu menentang Yahudi.
Maka, serangan ketenteraan
itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Sheikh Imran Hosein berpendapat bahawa
apabila semua itu terjadi, ia adalah waktu yang paling sesuai untuk melumpuhkan
sistem kewangan antarabangsa dunia.
Sepanjang tempoh sebelum
ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III akan berlaku dan kekejaman berleluasa
serta ia dijangka berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi
dan Nabi Isa.
*rujuk Sea of Galilee.
Di zaman ini, Yahudi akan
menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama
diimplementasikan di seluruh dunia melalui cip yang diletakkan pada kad
pengenalan. Ketika itulah, Dajjal akan berpindah dari waktu satu harinya
bersamaan dengan sebulan kepada satu harinya bersamaan dengan seminggu.
Sheikh Imran menyatakan inilah Zaman kita huni sekarang di mana dimensi
masa sehari bersama seminggu Dajjal.
Rujuklah Sea of Galilee dan hari kekeringannya. Anda pasti mengetahui
telahan Sheikh Imran ini adalah benar bersumberkan al Quran dan Hadis.
Janganlah kita pandai
mengungkap "Allah tidak pernah beritahu perkara ini @ Allah SWT Lebih Maha
Mengetahui @ Hanya kepada Allah SWT lah terserah perkara-perkara ghaib,"
sedangkan kita tidak pernah berbuat sesuatu menggunakan akal kurniaanNya dan
hanya berpeluk tubuh menunggu Hari Kiamat tiba. Kata Sheikh, inilah golongan ''Kal
An'am.'
Peringkat Keempat: "37
hari sama seperti hari kita"
Israel akan muncul sebagai
kuasa pemerintah dunia dan tanggapan mula timbul bahawa ini adalah kebangkitan
semula Zaman Kegemilangan (II).
Hanya ketika itu, Dajjal akan
muncul pada harinya bersamaan dengan hari-hari kita yang biasa. Sheikh Imran
berpendapat bahawa, Dajjal akan menjadi pemimpin Yahudi dan dari Jerusalem dia
akan memerintah dunia.
Dia juga akan menyempurnakan
misinya dan Zaman Kegemilangan (II) akan dibangkitkan semula. Tetapi, Bani
Israel tidak akan sedar bahawa mereka sedang diperdaya oleh Dajjal.
Ianya berpusat di Jerusalem, Yahudi!
(Pusat Pemerintahan keempat Dajjal dalam dimensi masa manusia yang nyata)
Dan selepas itulah, Imam
al-Mahdi akan muncul. Akan tetapi, Imam al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah
air sudah kering di Laut Galilee.
Apabila Imam al-Mahdi muncul,
Nabi Isa as akan diturunkan dan beliau akan membunuh Dajjal. Akan Tetapi, Nabi
Isa as tidak akan muncul sehingga air di Laut Galilee sudah kering. Ketika itu
Tanah Suci akan dimerdekakan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Apabila kalian melihat
kelibat bendera hitam datang dari arah Khurasan, pergilah menyertai angkatan
tentera itu walaupun kalian terpaksa merangkak di atas ais. Pergilah menyertai
angkatan tentera itu! Sebab khalifah Allah, Imam al-Mahdi menyertai angkatan
tentera itu dan tiada siapa yang mampu menghalang mereka sehinggalah mereka
tiba di Jerusalem."
Hadis Sunnah at-Tirmidzi.
Sheikh Imran Hosein
mengingatkan golongan sekular bahawa kita tiada masa lagi untuk berdebat dengan
mereka yang berlainan pendapat dengan kita. Mereka boleh memilih untuk tidak
percaya sebab kita tidak kisah kerana hakikatnya telah kita ketahui.
Pengembaraannya telah bermula! Kita tahu, cuma tinggal sedikit masa saja lagi.
Apabila tentera Islam berjaya
menjatuhkan Negara Yahudi, Tanah Suci akan dimerdekakan. Pengikut sebenar Nabi
Ibrahim as akan mengambil alih Tanah Suci. Negara Israel Nabi Sulaiman as akan
dibangunkan semula oleh Nabi Isa as.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Isa as akan memerintah
sebagai 'hakimul adil' (pemimpin yang adil dari Jerusalem)."
Jadi apa yang telah
diriwayatkan telah menjadi kenyataan dan Zaman Kegemilangan juga akan berulang
kembali, tetapi hanya pengikut Nabi Muhammad SAW yang akan mewarisi legasi Nabi
Sulaiman as.
Pengiraan secara rawak tahun
kedatangan Dajjal (Allahu A'lam)
Untuk penerangan lebih lanjut
tentang perkara ini sila rujuk buku "Jerusalem in the Quran"
menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:
1 hari seperti Setahun =
Britain = Pound (Pax Britannica)
1 hari seperti Sebulan =
Amerika Syarikat = Dollar (Pax Americana)
1 hari seperti Seminggu =
Israel = Electronic Money/Chemtrail? (Pax Judaica)
37 hari = Zaman seperti hari
kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia
secara nyata dalam dimensi
masa manusia.
**Pendapat Sheikh Imran dalam
bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di Negara
Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari
sekarang.
Rujukan lain yang agak
menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana
Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak
seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.
Apakah maksud ini?
-Maksudnya, kita perlu
membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan
Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita?
Jawapannya, terkandung dalam
surah al-Hajj: 47
“…Dan
(katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu
adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.”
(al-Hajj: 47)
Kini kita menemukan fakta
dari sumber rujukan sahih iaitu al Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun,
dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun.
Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun
Gregorian. Hanya Allah SWT berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.
“…Dialah
yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya,
dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah)
pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui
bilangan tahun dan kiraan masa.”
(al-Yunus : 5)
Oleh itu, sedarlah semua. Lihatlah
dengan mata hati, bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi
kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa
manusia di dunia.
(contohnya: Malaikat wujud di
sekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza
dengan manusia)
Huraian al Quran & Hadis
dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza
ialah:
Dajjal hidup selama 40 hari:
Peringkat Pertama: 1 hari =
Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari =
Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari =
Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Keempat: 37 hari =
hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.
Dari kiraan ini, kita
mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun
pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut
tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353
Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).
Oleh itu: (fahamilah secara
terperinci)
353 Hijrah + 1,000 tahun =
1353 Hijrah (Tahun 1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Eropah
(Britian) & kejatuhan Britain
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436
Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini.
= Zaman Dajjal menguasai
Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III
(Saudaraku, kita berada di akhir
peringat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Yahudi) sedikit masa lama
untuk berpindah ke peringkat ketiga.
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455
Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai
Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi &
Nabi Isa
Peringkat di mana saintis
Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari
sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea
of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)
INGAT! Walaubagaimanapun,
kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum
pasti terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok
menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa
pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96).
Bukti jelas yang lainnya
ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang
terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah
al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah SAW.
Allah Knows Best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan