Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata :
Al Quran adalah ubat untuk apa yang ada di dada (hati). Al Quran menjadi ubat bagi hati yang terkena penyakit syubahat dan syahwat. Dalam Al Quran terdapat penjelas, di mana kebatilan dihilangkan oleh kebenaran. Penyakit syubahat yang merosak boleh dihilangkan kerana adanya ilmu dan keinginan (yang baik), di mana hakikat sesuatu begitu jelas disebabkannya.
Dalam Al Quran terdapat berbagai hikmah dan nasihat yang baik untuk memotivasi dalam beramal dan menakut-nakuti dari berbuat keburukan. Dalam Al Quran juga terdapat kisah-kisah yang boleh diambil ibroh(pengajaran) sehingga hatipun menjadi baik.
Al Quran begitu memberi semangat hati terhadap hal-hal yang bermanfaat dan memperingatkan pula dari hal-hal yang membahayakannya. Maka yang tersisa adalah hati semakin cinta pada kebenaran dan benci pada kebatilan. Padahal sebelumnya boleh jadi hati sangat ingin berbuat kebatilan dan benci pada kebenaran.
Al Quran sungguh boleh menghilangkan penyakit yang dapat menghantarkan pada keinginan-keinginan buruk (rosak) hingga baiklah hati. Keinginannya menjadi baik dan ia pun kembali pada fithrahnya yang telah ditabiatkan untuknya sebagaimana badan kembali pada tabiatnya.
Hati akan semakin hidup dengan adanya iman dan Al Quran. Sebagaimana badan semakin hidup dengan sesuatu yang dapat menumbuhkan dan menguatkannya. Maka sesungguhnya suburnya hati itu semisal dengan tumbuhnya badan.
Majmu’ Al Fatawa, 10/95-96.
قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله :
والقرآن شفاءٌ لما في الصدور. ومن في قلبه أمراض الشبهات و الشهوات ففيه من البينات ما يزيل الحق من الباطل فيزيل أمراض الشبهة المفسدة للعلم و التصور والإدراك بحيث يرى الأشياء على ما هي عليه.
و فيه من الحكمة و الموعظة الحسنة بالترغيب و الترهيب و القصص التي فيها عبرة ما يُوجب صلاح القلب.
فيرغب القلب فيما ينفعه ويرغب عما يضره فيبقى القلب محبا للرشاد مبغضا للغي بعد أن كان مريدا للغي مبغضا للرشاد.
فالقرآن مزيل للأمراض الموجبة للإرادات الفاسدة حتى يصلح القلب فتصلح إرادته و يعود إلى فطرته التي فُطر عليها كما يعود البدن إلى الحال الطبيعي.
ويغتذي القلب من الإيمان والقرآن بما يزكيه ويؤيده كما يغتذي البدن بما ينميه ويقومه. فإن زكاة القلب مثل نماء البدن .
مجموع_الفتاوى ١٠ / ٩٥ - ٩٦ .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan