Berbagai cara boleh digunakan untuk
menunjukan rasa syukur dan berterima kasih sama ada kepada Allah swt mahupun
sesama manusia. Pada asasnya ada tiga cara yang boleh digunakan untuk
menunjukkan rasa syukur, dan gabungan ketiga-ketiga cara tadi adalah syukur
yang paling sempurna.
Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.
1. Syukur
dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah swt, berasal dari-Nya
dan atas keutamaannya. Apabila
hatinya bersyukur maka akan lahirkan bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga
iaitu syukur dengan lisan dan perbuatan.
2. Syukur
dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah), menyebut nikmat
itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut;
Allah s.w.t. berfirman,
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya “dan terhadap nikmat Tuhanmu,
maka hendaklah kamu menyebut-nyebutNya (dengan bersyukur)”.
(al-Dhuha:11)
3 Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut,
kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari
menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya.
Ulamak dalam menghuraikan ayat;
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ
مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ
Kami katakan, wahai keluarga Daud
bersukurlah kepada Allah swt atas nikmat yang diberikan kepada kamu iaitu
dengan mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan
segala larangannya, kerana sedikit dari kalangan hambanya yang banyak bersyukur
kepada Allah swt dan Nabi Daud a.s dan keluarganya adalah tergolong dalam
golongan yang sedikit itu.
Hakikat Syukur
Kesyukuran yang hakiki didirikan di atas
lima asas utama. siapa mengamalkannya serta menghayatinya maka dia adalah
seorang yang benar-benar bersyukur iaitu;
1. Merendahkan
diri terhadap yang disyukuri
iaitu Allah swt, kerana orang yang bersyukur tidak akan sombong, tidak akan
takabbur sama ada kepada Allah swt atau sesama manusia.
2. Rasa
cinta terhadap Pemberi Nikmat iaitu Allah swt, kerana rasa bersyukur itu
tidak akan timbul pada diri seseorang yang tidak suka, benci terhadap orang
lain, lebih-lebih lagi kepada Allah swt.
3. Mengakui
seluruh nikmat yang Dia berikan. Tanpa pengiktirafan terhadap jasa,
kebaikan nikmat yang diberikan bagaimana rasa syukur akan timbul dalam diri
seseorang apabila merasakan apa yang dimilki adalah dari dirinya sendiri, tanpa
bantuan orang lain.
4. Sentiasa
memuji-Nya atas nikmat yang
diberikan kerana gembiranya, penghargaannya, pengiktirafannya terhadap nikmat
yang diberikan.
5. Tidak
menggunakan nikmat untuk sesuatu yang dibenci oleh Allah swt kerana ia akan
mengundang kemarahan, kebencian orang yang memberi nikmat, dan tindakan
tersebut menunjukkan sikap biadap, tidak menghormati serta tidak mengenang
jasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan