Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Julai 2012

B 116 KEAJAIBAN PADA DIRIMU

1. Ketika kamu dilahirkan,  kamu diazan tanpa Solat, Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2. Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu, Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3.Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan, Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4.Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira, Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5.Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah. Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu ke dalam tanah setelah mati.

6. Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan, Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7. Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu, Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.


8. Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran, Ketika kamu mati, Kamu  tidak  akan ditanya melainkan  amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan