Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 21 Julai 2012

B 135 10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra



10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra


Indahnya kehidupan sebagai suami dan isteri. Di mana, setiap hebatnya seorang lelaki itu dibelakangnya ada seorang wanita yang juga cukup hebat.
Hebat bukan dari segi rupa paras yang cantik sahaja, bukan dari pangkat dan keturunan yang gah sahaja, bukan dari kerjanya yang bagus sahaja, tetapi hebat isterinya jika mampu taat kepada suaminya.

 

  1. Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

  1. Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

  1. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

  1. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

  1. Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

  1. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

  1. Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

  1. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.    Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

  1. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.

Waallahukhlam…
Rujukan : Harian Islam.com
Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar,benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..


Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Alla.

Rujukan : Harian Islam.com


“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”  


(Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Terlalu banyak ayat-ayat sebegini jika ingin disenaraikan semuanya di sini. Cukup sahaja beberapa contoh ayat saya kemukakan pada artikel ini. Cukup sahaja ayat-ayat ini membuktikan bahawa peranan iman itu cukup besar dalam penyempurnaan psikologi seorang mukmin yang beriman. Datangkan sahaja ribut badai ataupun pelangi, segalanya baik buatnya. Ajaib bukan orang yang beriman itu?
Saya telah kehilangan ibu tercinta. Saya kira ianya sangat berat bagi seorang seperti saya untuk menanggung kehilang sebesar ini pada usia sebegini. Namun Allah telah memujuk dan meyakinkan saya dengan firmanNya yang berbunyi :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah AlBaqarah (2) : 286)


Lantas saya bangun dan berkata dengan penuh semangat, “Saya kuat! Saya Ironman!”
Artikel asal dari blog Mindafahmi.com
Rujukan : Harian Islam.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan