Osman bin Affan berkata:
Tanda-tanda orang bertakwa atau
takut kepada Allah SWT 5 perkara,
1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama
orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan
dapat menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
2-Bila ditimpa musibah dunia, maka ia
melihat akibat keburukannya. Jika ditimpa musibah berkaitan Akhirat
maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi Allah swt
hasil daripada musibah tersebut.
3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat
dan halal.
4-Dia melihat orang lain
sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa
beribadat kepada Allah Azzawajal.
5-Dia melihat dirinya berada
dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan
kemurkaan Allah swt akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang
bercampur dengan dosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan