Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Julai 2012

B 100 PELENGKAP KEPADA IMAN DAN ISLAM

Islam
Menjunjung segala perintah Allah swt


Rukun Islam

1-Mengucap 2 kalimah syahadah dengan mengetahui.
2-Mendirikan solat.
3-Memberi zakat.
4-Puasa sebulan Ramadhan.
5-Naik haji ke Baitullah.

Kesempurnaan Islam

1-Ikrar dengan lidah.
2-Tasdiq dengan hati.
3-Perbuat segala anggota.

Tanda Islam.

1-Merendah diri.
2-Suci lidah fari dusta.
3-Suci perut dari makanan Haram.
4-Suci badan dari Hadas Besar,loba dan Tamak.

Syarat Islam.

1-Sabar dgn Hukum Allah swt.
2-Reda dgn Qadak Allah swt.
3-Yakin,Yulus, Ikhlas dan menyerah diri kepada  Allah swt.
4-Mengikut Firman Allah swt dan Rasulullah saw.



Perkara Membinasakan Islam.

1-Melakukan perbuatan yang tidak diketahui.
2-Ketahui tetapi tidak dilakukan.
3-Tidak tahu dan tidak mahu bertanya.
4-Mencela orang buat baik.

Syahadah mempunyai 2 perkara:

1-Syahadah pada Allah swt.
2-Syahadah pada Rasulullah saw.

Fardu Syahadah.

1-Ikrar dengan lidah
2-Tasdiq dengan hati.
3-Niat masuk Islam(orang Muallaf)

Kesempurnaan Syahadah.

1-Mengetahui dengan hati
2-Ikrar dengan lidah.
3-Tasdiq dengan segala yg diketahui.
4-Mengisbat / menetapkan kebenaran Rasulullah saw.

Syarat Sah Syahadah.

1-Ketahui dengan pengetahuan.
2-Ikrar dgn lidah.
3-Tasdiq dgn tasdiq yg putus dalam hati.
4-Diamal dgn anggota.

Membinasa Syahadah.

1-Menduakan Allah swt.
2-Syak dgn hati.
3-Menyangkal dirinya dijadikan Allah swt.
4-Tidak mengisbat/ meyakini Zat Allah swt.

Rukun Iman.

1-Beriman dgn Allah swt.
2-Beriman dgn Malaikatnya
3-Beriman dgn Rasul-rasulnya.
4-Beriman dgn Kitabnya.
5-Beriman dgn hari Akhirat.
6-Beriman dgn Qadak dan Qadar Allah swt.

Kesempurnaan Iman.

1-Ikrar dgn lidah.
2-Mentasdiq dgn hati.
3-Perbuat segala anggota.

Syarat Iman.

1-Kasihkan Allah swt.
2-Kasihkan Segala Malaikat.
3-Kasihkan Kitab.
4-Kasihkan Segala Rasul.
5-Kasihkan Wali Allah.
6-Bencikan seteru Allah swt.
7-Takutkan Azab Allah swt.
8- Harapkan rahmat Allah swt.
9- Membesar Amarah Allah swt.
10- Menjauhkan Tegahan Allah swt.

Membinasakan Iman.

1-Menduakan Allah swt.
2-Mengekalkan perbuatan jahat dan mengharuskan perbuatan jahat.
3-Membinasakan sama makhluk dengan zalim.
4-Berkelahi sesama Islam & mengharuskan dendam.
5-Meringankan syariat.
6-Tiada takut jika iman gugur.
7-Menyerupai perbuatan kafir.
8-Putus asa dari rahmat Allah swt.
9-Memakai pakaian kafir seperti pakaian paderi.
10-Memutuskan diri dari mengadap Kiblat serta meringan-ringankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan