Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah
maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah
merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi
SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang
mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya
dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda :
“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga
disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang
masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana
datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah
dibuatnya.”
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang
yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.) Seakan-akan bidadari itu
permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih
bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh
manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan
tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang
bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain
(bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan
bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat
yang usianya muda teringin sangat hendak tahu
bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu
hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai
salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut
bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut
dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu
dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri-seri, lalu ditanya sahabat ini ,di manakah beliau berada, lalu ada
suara yang menjawab, inilah syurga, tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw
bagi tahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini,
disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam
dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah, wanita itu menjawab ehh
tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,
Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu
mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang
mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan
ditanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya
hanya penjaganya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya
sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati
seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda
cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku
diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab, nanti kamu belum syahid lagi, tersentak
daripada itu pemuda itupun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di
ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama
dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw
dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam
menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar,benar, benar sepanjang
cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu
tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik
di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan
nikmat-nikmat di syurga Alla.
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan