Bersyukur adalah satu kewajipan, ia
bermaksud setiap hamba mestilah bersykur kepada Allah swt atas segala nikmat
yang telah diberikan. Manusia juga mesti bersyukur dan berterima kasih sesama
manusia atas kebaikan dan jasa yang telah diberikan kepada mereka.
Sabda Rasulullullah s.a.w;
من
لم يشكر القليل لم يشكر الكثير ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله التحدث بنعمة الله
شكر وتركها كفر
Maksudnya; Sesiapa yang tidak bersyukur
dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur dengan yang banyak, sesiapa yang
tidak bersyukur sesama manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah swt,
Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalah kekufuran.
Akibat buruk kerana tidak bersyukur.
1. Mendapat kemurkaan Allah swt, dan di
akhirat nanti Allah swt janjikan azab yang pedih dan menyakitkan. Mereka adalah
orang-orang yang kufur, kafir nikmat Allah swt.
وَإِذْ
تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ
عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya; Dan ingatlah tatkala Tuhanmu
memberitahu, sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat ku,
tetapi ingat sekiranya kamu kufur nikmat aku sesungguhnya azab aku sangat besar.
2. Orang
yang tidak bersyukur akan menjadi orang yang sombong, takabbur dan sentiasa
menzalimi orang lain. Akibatnya
mereka dibenci Allah swt, jauh dari rahmat Allah swt dan tidak disukai oleh
orang lain.
3. Orang
yang tidak bersyukur akan menjadi orang yang tamak, dan orang yang tamak ini
sememangnya orang yang dicela. Tidak
pernah merasa cukup yang akhirnya sikap tamak tersebut menjerumuskan mereka ke
dalam kancah maksiat dan kemurkaan Allah swt. Menzalimi dan menganiaya orang
lain.
عَنْ
أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ”
لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَيْنِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى وَادِيًا ثَالِثًا
وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى
مَنْ تَابَ
Maksudnya; Sekiranya manusia memiliki dua lembah
harta nescaya mereka mencari lembah yang ketiga, dan tidak dipenuhi perut
manusia melainkan tanah, dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.
4. Orang
yang tidak bersyukur, akan sentiasa menyalahkan orang lain apabila ditimpa
musibah atau kesusahan, jauh sekali untuk muhasabah kesilapan diri sendiri dan
sering tidak redha dengan qadak dan qadar Allah swt, lebih malang apabila
mereka menyalahkan Allah swt dan bersangka buruk terhadapnya.
5. Orang
yang tidak tidak akan tenang, tidak akan bahagia, bah hidupnya sentiasa keluh kesah,
tertekan dan tidak karuan disebabkan runtunan hawa nafsu yang sentiasa berusaha
menyesatkan manusia.
Kisah Pengajaran Orang Tidak Bersyukur
dan Tamak
إِنَّ
قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ
الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ
قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
Maksudnya; “Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum
Musa. Maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami Telah menganugerahkan
kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh
sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya:
“Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang terlalu membanggakan diri”.
al-Qasas :76
لَقَدْ
كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آَيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا
مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ *
فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ
بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ
سِدْرٍ قَلِيلٍ * ذَلِكَ جَزَيْنَاهُمْ بِمَا كَفَرُوا وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا
الْكَفُورَ
Maksudnya; Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda
(kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah
kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari
rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.
(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha
Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, Maka kami datangkan kepada mereka banjir
yang besar dan kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi
(pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr.
Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka Kerana kekafiran mereka. dan
kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan Hanya kepada
orang-orang yang sangat kafir.
Saba’ 15-17.
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا
رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا
اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ
وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
Maksudnya; Dan Allah Telah membuat suatu
perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram,
rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi
(penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan
kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu
mereka perbuat.
Al-Nahl:112
Tiada ulasan:
Catat Ulasan