Semoga kisah Iman Dan 20 sen ini akan dapat menjadikan panduan kepada diri kita, walaupun nilai cuma 20 sen tetapi jika bukan milik kita pulangkanlah semula..
Beberapa tahun dahulu, ada seorang
Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut
selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut
membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut
telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20
sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut
memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”
Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
“Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat
20 sen ni.. nak beli toseipun tak cukup,” kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam
tersebut menekan loceng dan bas tersebutpun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun
sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti
dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen
tersebut.
“Tadi kamu beri saya wang baki
terlebih 20 sen,” kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak
pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya,” pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut
bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur.”
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan
berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen
ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir
untuk memeluk Islam.”
Imam tersebut turun dari bas dan
seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah
tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual
harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!”
Sahabat-sahabatku sekalian…
Apa yang anda dapat daripada peristiwa
di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap
untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang
baik.
Sumber iluvislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan