JENIS-JENIS TANGISAN:
1.
KERANA GEMBIRA
2.
KERANA DUKACITA ATAU
SEDIH
3.
KERANA RISAU
4.
KERANA MENUNJUK-NUN
JUK
5.
KERANA LAPAR
6.
KERANA BERSYUKUR
7.
KERANA TAKUT KEPADA
ALLAH
FAEDAH MENANGIS:
1.
MELEMBUTKAN HATI
2.
DI ANTARA TANDA-TANDA
ORANG SOLEH
3.
TANDA-TANDA
NYATA ATAU LUARAN ORANG KHUSYUK KEPADA ALLAH.
4.
JALAN-JALAN MENCAPAI
KEREDHAAN ALLAH SWT
107-Katakanlah (wahai
Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): Sama ada kamu beriman kepada
Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya
orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada
mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);
108-Serta mereka
menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan
kami tetap terlaksana.
109-Dan mereka segera
tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.
Dan bahawa
sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan
menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; – an-Najmu
Mereka itulah
sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang
melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan
orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari
keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari
orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. – Maryam -58.
25-Dan (dengan berada
dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
26-Mereka berkata:
“Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu
merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
27-”Maka Allah
mengurniakan kami (rahmat dan taufikNya), serta memelihara kami dari azab
neraka.
28-”Sesungguhnya kami
dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia
lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani”.
Maka bagaimanakah
(keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan
dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad)
sebagai saksi terhadap umatmu ini? - an-Nisa’-41.
Belum sampaikah lagi
masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi
peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya
orang-orang yang fasiq (derhaka). al-hadid 16.
“Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan
taufikNya), serta memelihara kami dari azab neraka. at-Thur 27.
Dan tiada seorangpun
di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu
perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.- Maryam 71.
Dan apabila mereka
dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka
dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang
melepaskan dari azab itu).- al-Furqan 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan