Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Julai 2012

B 119 TIGA GOLONGAN YANG MENIKMATI KETENANGAN DI PADANG MAHSYAR

Hadis riwayat termizi;

Tiga golongan yang mendiami tempat  tinggi dan mencium keharuman Kasturi Hitam, mereka tidak risau tentang pengiraan amalan atau hisab, mereka tidak merasai kebimbangan walaupun sedikit pada  kiamat pada hari tersebut, mereka ialah:

1.   Lelaki yang membaca Al-Quran kerana mengharap keredaan Allah dan menjadi Imam dalam solat serta mendapat keredaan daripada para jemaah.

2.   Lelaki yang mendapat kemewahan rezeki di dunia, tetapi rezeki dan kemewahan tersebut tidak menghalang kepadanya untuk  beribadat kepada Allah SWT, malah rezeki dan kemewahan tersebut turut memberi serta menambah ketenangan kepadanya untuk beribadat kepada Allah swt.

3.   Lelaki yang melaungkan azan di masjid dengan ikhlas dan sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT dengan hati yang penuh ikhlas.


Maha Suci Engkau Yaa Allah yang telah memuliakan orang-orang beriman …. Rebutlah peluang ini wahai ikhwah semua….



Tiada ulasan:

Catat Ulasan