Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di
antara kedua-duanya, zikir dengan
hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.
Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.
Pertama – Zikir dengan lisan saja.
Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali
memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam
keadaan lalai.
Firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :
“Dan orang lelaki yang banyak menyebut
(mengingati) ALLAH dan orang perempuan yang banyak menyebut ALLAH, maka ALLAH
telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya :
“Sesiapa
yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan
untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga.”
– Petikan dari Hadis riwayat Muslim.
Hikmat lain adalah berturutan seperti :-
Pertama – Akan mendapat
keredaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memperoleh
ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
Kedua – Menimbulkan kejernihan,
Ketiga – kemanisan pada hati dan wajah.
Keempat – Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA serta dimurahkan rezekinya.
Kelima – Dapat merasakan
betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Segera mendapat pembelaan daripada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui
sama ada kita sedar atau sebaliknya.
Keenam – Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat.
Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin
banyak pohon tamar itu untuknya.
Ketujuh – Mendapat nur (cahaya) daripada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada
titian sirat nanti.
Kelapan – Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita
berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
Kesembilan – Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka
jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA untuk membuka pintu masuk
segala kebaikan.
Kesepuluh – Dapat menghalau
dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat
menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
Kesebelas – Dapat membersihkan
hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
Kedua belas – Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil. Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu
daripada sifat munafik.
Ketiga belas – Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin,
tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh
Malaikat.
Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA seperti mana dalam firmanNya bermaksud :
Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan
susah, maka Aku akan mengingatimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan