Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 21 Julai 2012

B 140 LIMA Minit Untuk Allah SWT

5 Minit membaca Al-Quran akan mendapat Syafaat pada hari kiamat.

5 Kali membaca surah Al-Fatihah akan mendapat 7000 kebajikan.


15 Kali membaca surah Al-Ikhlas ia akan mendapat pahala sebanyak 5 kali mengkhatamkan Al Quran.
Dalam satu minit kamu mampu membaca bacaan di atas.


Membaca 100 kali kalimah Subhanallah Wabihamdih- mendapat keampunan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari segala dosa.


Sesiapa melafazkan 40 kali ” lahaula walaquawata Illa Billah ” akan mendapat perbendaharaan dari Syurga.


Dengan membaca doa di atas ia mendapat pahala berlipat ganda daripada tasbih dan zikir.


Beristighfar 100 kali akan mendapat:

1-Keampunan dan masuk Syurga.
2-Mendapat harta yang baik.
3-Mendapat kekuatan bertambah.    
4- Menolak Bala.
5-Memudah segala Urusan.
6-Menurunkan Hujan.
7-Harta dan anak-pinak bertambah.


20 kali kita berselawat kepada Rasulullah kita mendapat doa keselamatan daripada Rasulullah sebanyak 200 kali.


Dalam satu minit kita membaca tahmid di atas kita mendapat timbangan pahala yang berat di akhirat esok.


Dalam satu minit kita mampu bertahlil sebanyak 50 kali kalimah yang paling agung.
Dengan membaca 25 kali tasbih di atas, maka kita telah melafazkan kalimah yang paling Allah sukai.


Dalam masa satu minit kita mampu mengangkat tangan dan berdoa segala doa yang kita hajatkan.

Tapi ada ke kita buat perkara-perkara di atas setiap hari? Mulakan hari ini juga. In Shaa Allah. 

Apa yang penting kita mohon keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaanNya jua.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan