Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 19 Julai 2012

B 83 KENALILAH NAFSU DIRI ANDA



1. AMMARAH.

i) Bakhil atau kedekut.
ii) Tamak dan haloba kepada harta benda.
iii) Berlagak sombong dan takbur.
iv) Suka bermegah-megah dan bermewah-mewah.
v) Ingin namanya terkenal dan mahsyur.
vi) Hasad dengki.
vii) Berniat jahat dan khianat.
viii) Lupa kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
ix) Dan lain lain sifat tercela.

2. LAWWAMAH.

i) Menyesali kesalahan diri atau menyesal berbuat kejahatan.
ii)Timbul perasaan takut kalau bersalah.
iii) Kritis terhadap apa yang dinamakan kejahatan.
iv) Hairan kepada diri sendiri, mengira dirinya lebih baik dari orang lain (ujub).
vi) Memperbuat sesuatu kebaikan agar dilihat dan dikagumi orang (riak).
vii) Menceritakan kebaikan yang telah diperbuatnya supaya mendapat pujian orang (sam’ah).
viii) Dan lain lain sifat tercela.

3. MULHAMMAH.

i) Tidak menyayangi harta benda (pemurah)
ii) Merasa cukup dengan apa yang ada(qana’ah)
iii) Mempunyai ilmu ladunni, yakni ilmu yang didapati dari ilham.
iv)Timbul perasaan merendah diri pada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (tadharuk)
v) Taubat ,memohon ampun pada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari dosa yang telah dikerjakan.
vi) Sabar dalam segala hal yang menimpa.
vii) Tenang menghadapi segala kesulitan.
vii) Dan lain lain sifat terpuji.

4. MUTHMAINNAH.
 
i) Pemurah dan selalu tidak punya wang ditangan kerana suka bersedekah.
ii) Menyerahkan diri pada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (Bertawakkal).
iii) Bersifat arif dan bijaksana.
iv) Kuat beramal dan kekal mengerjakan ibadat.
v) Mensyukuri nikmat yang diperolehi dengan membesarkan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
vi) Menerima dengan rasa puas apa yang dianugerahkan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (redha menerima qada dan qadar)
vii)Takwa kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (takwallah)
viii)Dan lain lain sifat mulia.

5. RADHIYAH.

i) Zuhud dari dunia.
ii) Ikhlas kerana
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
iii) Warak dalam ibadat.
iv) Meninggalkan sesuatu yang bukan pekerjaannya.
v) Menunaikan dan menetapkan hukum-hukum
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
vi) Dan lain-lain perangai terpuji dan mulia.

6. MARDHIYAH.

i) Baik budi pekertinya seperti akhlak Nabi-Nabi.
ii) Ramah tamah dengan pergaulan dengan masyarakat sebagaimana perangai para nabi.
iii) Sentiasa merasa berdamping dengan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
iv) Selalu berfikir pada kebesaran
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
v) Redha dengan apa saja pemberian
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
v) Dan lain lain budi pekerti yang luhur dan terpuji.

7.KAMILAH.


Cantuman semua sifat sifat terpuji dari lawammah ke mardhiyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan