Huzaifah
pernah berkata: Apa yang mulai hilang dari agama kamu adalah khusyuk dan
apa yang paling akhir hilang dari agama kamu adalah solat, ramai
orang solat tetapi tidak ada kebaikan pada mereka, kamu akan masuk ke
dalam masjid dan tidak ada lagi orang khusyuk dalam solat’”
(al-Madarij 1/521).
Allah
berfirman :
حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ
ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ.
Peliharalah
segala solat [mu], dan [peliharalah] solat wusta [1]. Berdirilah kerana Allah
[dalam solatmu] dengan khusyuk.
(al-Baqarah:
238)
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ (45)
Dan
mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan [mengerjakan] solat. Dan
sesungguhnya yang demikian itu terlalu berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk,
(al-Baqarah:
45)
Khusyuk
merupakan kekuatan solat. Tanpa khusyuk solat seakan tidak
mempunyai makna bagi pelakunya, kerana solat hanya berupa amalan budaya
yang rutin tanpa kenikmatan dan tanpa ada rasa hikmah di dalamnya.
Menghancurkan
dan merosak kekhusyukan dalam solat adalah salah satu misi syaitan di
dunia ini.
Firman
Allah swt dalam menceritakan misi syaitan tersebut:
ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ
وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ
أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)
Kemudian
aku akan mendatangi mereka dari pihak hadapan dan dari belakang mereka, dari
kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka
bersyukur [ta’at].
(al-A’raaf:
17)
Rasulullah
s.a.w. bersabda
قال النبي صلى الله عليه وسلم ( أول شيء يرفع
من هذه الأمة الخشوع ، حتى لا ترى فيها خاشعا .)
Yang
pertama akan hilang dari umatku adalah khusyuk hingga kamu tidak
lagi melihat orang khusyuk.
(H.R.
Tabrani. Sahih)
Maka
khusyuk ini juga merupakan salah satu sifat orang beriman.
Allah
berfirman:
{ قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون
}
Sesungguhnya
beruntunglah orang-orang yang beriman, (1) [iaitu] orang-orang yang khusyuk
dalam solatnya.
Ibnu
Katsir mengatakan: khusyuk adalah tidak bergerak, tenang, penuh
tawaduk kerana disebabkan takut kepada Allah dan perasaan diawasi Allah. Khusyuk
adalah kesesadaran hati seakan berdiri di depan Allah dengan penuh
penghormatan dan pengabdian. (al-Madarij 1/520).
Tempat
khusyuk adalah di dalam hati dan membekas ke seluruh tubuh manusia. Kalau hati sudah
tidak khusyuk maka seluruh anggota tubuh tidak lagi beribadah secara
serius kerana hati ibarat komandannya dan anggota badan adalah tenteranya.
Khusyuk
juga menjadi bukti keikhlasan. Kerana hanya mereka yang ikhlas
beribadah kerana Allah dan solat keranaNya yang dapat melakukan khusyuk secara
sempurna. Tanpa keikhlasan, maka seseorang hanya melakukan kekhusyukan yang
palsu .
Ibnu
Qayyim mengatakan ada dua jenis khusyuk yaitu khusyuk iman
dan khusyuk munafik. khusyuk Iman adalah hatinya
menghadap Allah dengan penghormatan, pengagungan, ketenangan, penuh harapan dan
rasa malu, lalu hatinya penuh dengan cinta dan pengakuan kepada Allah yang
membekas ke seluruh anggota badannya.
Adapun khusyuk
munafik adalah fisiknya khusyuk tetapi hatinya tidak.
Para
sahabat sering berdoa:
Ya Allah
lindungilah aku dari khusyuk munafik. (Ruh 314).
Ulama
mengatakan bahawa hukum khusyuk adalah wajib, kerana
banyak dalil yang menganjurkan khusyuk dan mencela orang yang tidak
khusyuk dalam solat.
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Lima
solat yang diwajibkan oleh Allah, barang siapa memperbaiki wuduknya dan
melaksanakan solat pada waktunya, menyempurnakan rukuknya dan kekhusyukannya,
maka ia mendapatkan janji Allah untuk mengampuninya. Barang siapa tidak
melakukan itu, maka ia tidak mendapatkan janji Allah, Jika Allah
berkehendak maka Mengampuninya, Jika Allah berkehendak maka akan
menyiksanya.”
(H.R. Abu
Daud – sahih)
Dalam
hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Barang
siapa berwuduk dan memperbaiki wuduknya kemudian ia solat dua rakaat, ia
menumpukan hati dan wajahnya (dan tidak diganggu oleh nafsunya), maka ia akan
diampuni dosanya yang telah telah dilakukan.
(H.R.
Bukhari).
Rasulullah
s.a.w. juga pernah bersabda:
”Banyak
sekali orang yang solat hanya mendapatkan penat berdiri”
(H.R.
Nasai: hasan).
Tip
menghadirkan khusyuk dalam sholat
Menghadirkan
khusyuk dalam solat dalam dilakukan melalui dua cara.
Pertama: amalan-amalan
yang mampu merangsang kekhusyukan dan
Kedua: menghilangkan
hal-hal yang merusakan kekhusyukan.
Amalan-amalan
yang membantu kepada kekhusyukan adalah seperti berikut :
1.
Persiapkan diri untuk solat. Iaitu dimulai
dengan mendengarkan azan dan mengikutinya, berdoa dengan doa azan, memperbaiki
wuduk, berdoa setelah wuduk, melakukan siwak sebelum solat, mempesiapkan
pakaian solat, tempat solat dan menunggu waktu solat. Bukan tergesa-gesa
melakukan solat .
2.
Tomakninah: iaitu berhenti
sejenak pada setiap rukun-rukun solat. Dalam hadis diriwayatkan bahwa
Rasulullah s.a.w. ketika solat, beginda melakukan tomakninah sehingga
semua anggota badan beliau kembali pada tempatnya. (H.R. Abu Dawud dll.)
Dalam
hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seburuk-buruk
pencuri adalah pencuri solat. Bagaimana itu wahai Rasulullah, tanya sahabat.
“Mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.
(H.R.
Ahmad dan Hakim: sahih).
Seseorang tidak
akan boleh khusyuk tanpa tomakninah ini kerana cepatnya pergerakan
solat telah menghilangkan kekhusyukan dan penumpuan hati.
3.
Ingat kematian ketika solat.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
”Ingatlah
mati saat kamu solat, sesungguhnya seseorang yang ingat mati ketika solat maka
ia akan memperbaiki solatnya dan solatlah seperti solatnya orang yang mengira
itu solatnya yang terakhir”
(Dailami:
sahih).
Rasul
juga pernah berpesan kepada Abu Ayub r.a.
“Solatlah
seperti solatnya orang yang mengucap selamat tinggal ”
(Ahmad:
sahih).
4.
Tadabbur (menghayati) ayat-ayat
Al-Quran yang dibaca ketika solat, begitu juga zikir-zikir dan bacaan solat
lainnya lainnya serta menyerapkannya dalam diri orang yang melakukan solat.
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ
لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (29)
Ini
adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya
mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang
yang mempunyai fikiran. (Shad:29).
Dari
Huzaifah r.a. :Aku solat di belakang Rasulullah s.a.w., satu malam. Baginda
membaca dengan tenang. Ketika melalui ayat di dalamnya ada tasbih, baginda
bertasbih, ketika melalui ayat permintaan baginda meminta dan ketika
melalui ayat minta perlindungan, baginda pun meminta perlindungan” (Muslim).
Tadabbur
dan tafakkur terhadap ayat-ayat Allah merupakan pengantar kekhusyukan. Begitu
juga menangis saat mendengar atau membaca ayat-ayat Allah.
Allah
berfirman:
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ
وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا
Dan
mereka menunduk atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah
khusyuk.(Isra’:109).
Atok
pernah bertanya kepada Aisyah r.a.: ceritakan kepadaku apa yang paling kamu
kagumi dari Rasulullah, lalu Aisyah menangis. Suatu malam Rasulullah s.a.w.
berdiri untuk solat, baginda berkata: Wahai Aisyah biarkan aku menyembah
Tuhanku. Sesungguhnya aku senang bersamamu dan aku senang menyenangkanmu”. Lalu
beliau pun bangun dan solat, lalu baginda solat sambil menangis sehingga lantai
bilikku basah kerana air mata baginda. Lalu berkumandanglah azan Bilal untuk
subuh, ketika Bilal melihat mata Rasulullah basah kerana menangis, Bilal pun
bertanya:”Wahai Rasulullah, untuk apa sebab engkau menangis padahal Allah
telah mengampunimu dosamu yang lalu dan yang akan datang? Rasul menjawab: Wahai
Bilal aku lebih suka untuk menjadi hamba yang banyak bersyukur. Malam ini
diturunkan kepadaku ayat yang rugilah orang yang membacanya dan tidak
menghayatinya, iaitu ayat Ali Imran 190-194. (Ibnu Hibban:sahih).
1.
Membaca ayat satu-satu. Ini
juga boleh membantu kepada khusyuk kerana menumpukan kepada pemahaman dan
penghayatan. Umi Salamah berkata bahwa Rasulullah membaca fatihah dalam solat
dengan basmalah, lalu berhenti lalu membaca hamdalah lalu berhenti lalu membaca
Arrahmaanirrahiiim dan seterusnya. (Abu Daud: sahih).
2.
Memperindah bacaan Al-Quran dan tartil dapat membantu kepada
kekhusyukan.
Allah
berfirman:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ قُمِ ٱلَّيۡلَ
إِلَّا قَلِيلاً۬ نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ
ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً
Wahai
orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam
hari [1] kecuali sedikit [daripadanya], (2) [iaitu] seperduanya atau kurangilah
dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-
Quran itu dengan perlahan-lahan. (Muzammil 1-4)
Rasulullah
s.a.w. berpesan:”Perindahlah Al-Qur’an dengan suaramu yang merdu kerana suara
yang indah akan memperindah Al-Quran” (Hakim:sahih).
Dalam
hadis lain beliau bersabda:
”Sesungguhnya
seindah-indah suara orang membaca Al-Quran, adalah kalau ia membaca maka
orang-orang yang mendengarnya akan takut kapada Allah.
(Ibnu
Majah: sahih).
1.
Beranggapan bahawa ketika solat ia sedang menghadap kepada Allah.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Sesungguhnya
kamu apabila solat maka sesungguhnya ia sedang bermunajat (bertemu)
dengan Tuhannya, maka hendaknya ia mengerti bagaimana bermunajat dengan
Tuhan. Hakim: sahih).
2.
Memperhatikan dinding depan solat.
Sebaiknya ketika solat menghadap dinding depan, misalnya dinding atau pembatas
yang kosong. Tujuannya adalah agar pandangan mata kita tidak terganggu oleh
objek-objek yang mengganggu penumpuan kita. Rasulullah s.a.w. bersabda”
Hendaklah
kamu ketika solat menaruh penghadang di depannya agar syaitan tidak
memutuskan solatnya”(Abu Daud: sahih).
Sebaiknya
penghadang tersebut berjarak tiga jengkal dari tempatnya berdiri dan sejengkal
dari tempat sujudnya. (Fathul Bari).
3.
Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri
di atas dada. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami para nabi diperintahkan agar dalam
solat meletakkan tangan kanan di atas atas tangan kiri (Thabrani:sahih). Imam
Ahmad menjelaskan bahawa tujuannya adalah agar kita menundukkan diri di
depan Allah dengan khusyuk. Ibnu Hajar mengatakan bahawa sikap seperti itu
adalah sikap seorang yang meminta dengan merendahkan diri dan sikap
seperti itu lebih memberi kepada kekhusyukan.
4.
Mengarahkan pandangan mata pada tempat sujud. Dari
Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. ketika solat beliau menundukkan kepalanya dan
pandangannya tertuju ke tempat sujud. (Hakim:sahih). Begitu juga ketika beliau
memasuki Kaabah baginda tidak memalingkan pandangannya dari tempat sujudnya
hingga keluar dari Kaabah”. (Hakim: sahih).
Bagaimana
dengan pendapat sebahagian orang yang melakukan solat dengan memejamkan mata
dengan alasan itu boleh membantu kepada kekhsyukan.
Sesungguhnya
itu bertentangan dengan contoh yang diberikan Rasulullah s.a.w. Beliau
diriwayatkan tidak pernah solat dengan memejamkan mata. Namun demikian para
ulamak berbeza pendapat mengenai masalah itu. Imam Ahmad mengatakan memejamkah
mata ketika solat hukumnya makruh kerana itu kebiasaan orang Yahudi.
Sebahagian ulamak mengatakan tidak makruh asalnya demi tujuan baik,
misalnya kalau tidak memejamkan mata terganggu oleh objek-objek visual yang ada
di depannya atau di sekitar tempat solat, maka memejamkan mata pada keadaan
seperti ini diharuskan.
1.
Sebagian ulama melihat bahawa mempelbagaikan bacaan solat
dapat membantu kepada kekhusyukan kerana menciptakan suasana baru
dalam melaksanakan solat. Contohnya lagu bacaan doa iftitah, rukuk, sujud,
Iktidal, duduk antara dua sujud dan tashahhud ada beberapa riwayat sahih yang
berbeza-beza. Membacanya dengan lagu yang berbeda-beda dapat mempersegar
suasana solat dan membatu kepada kekhusyukan. Begitu juga bacaan-bacaan surat
setelah fatihah dapat dilakukan dengan nada ayat yang berbeza-beza.
2.
Disunnahkan membaca taawwuz (أغوذ بالله من الشيطان الرجيم) ketika
merasakan ada gangguan penumpuan dalam solat. Konon ketika seorang hamba hendak
melaksanakan solat, syaitan menurunkan pasukannya yang disebut Khanzab untuk
mengganggu orang solat. Abi ‘Ash r.a. berkata kepada Rasulullah, Wahai
Rasulullah syaitan telah mengganggu solatnya dan mengganggu bacaannya,
Rasulullah
bersabda: Itu syaitan bernama Khanzab kalau kamu merasakannya maka bacalah
taawuz lalu tiuplah ke kiri tiga kali”. Ia pun melakukannya dan syaitan tidak
lagi mengganggunya. (Muslim). Rasulullah juga mengingatkan: Kalau kamu solat
maka datanglah syaitan mengganggu kamu, sehingga kamu lupa hitungan rakaatnya.
Kalau kamu merasakannya maka sujudlah dua kali ketika ia duduk (Bukhari).
Rasulullah juga mengingatkan bahwa Syaitan datang kepada kamu ketika solat lalu
membuka tempat duduk kamu, lalu ia mencipta sesuatu agar dia ragu seperti
kentut atau tidak, jika kalian merasakan itu janganlah membatalkan solat
hingga dengar suara atau mencium bau (Thabrani: sahih). Bahkan konon syaitan juga
menganggu orang yang solat dengan isu-isu kebaikan seperti masalah dakwah,
masalah sunnah, masalah keilmuan dan politik agar solatnya tidak lagi mendapat
tumpuan.
3.
Bacalah cerita orang soleh terdahulu
bagaimana mereka khusyuk dalam solatnya. Ali r.a. ketika hendak
solat maka mukanya berubah, lalu ia ditanyai tentang itu, beliau menjawab:
datang waktu ketika amanah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-gunung
tetapi mereka menolak tetapi aku kini menanggungnya. Konon mereka ketika solat
memerah wajahnya kerana takut menghadap Allah. Salah seorang sahabat
diceritakan terkena panah ketika berperang, lalu ia minta agar dicabut ketika
ia solat kerana ketika itu ia lupa semuanya dan hanya ingat kepada Allah.
4.
Berdoa dalam solat, khususnya saat sujud.
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
”Nilai
paling berharga antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka
perbanyaklah doa ” (Muslim).
5.
Zikir setelah solat. Setelah
melaksanakan solatnya hendaknya seorang hamba melakukan zikir selesai
solat untuk memperkuat dan menyempurnakan solatnya. Tentu sahaja tidak
hanya zikir dalam lisan tapi juga diresapi makna dan kandungannya.
Perkara-perkara
yang mengganggu kekhusyukan :
1.Membersihkan
tempat solat dari perkara yang mengganggu penumpuan solat seperti gambar-gambar
dan hiasan yang menarik perhatian orang solat. Aisyah r.a. pernah
mempunyai kelambu di rumahnya berwarna-warni, lalu Rasulullah memintanya agar
membungnya kerana ia mengganggu solat baginda. (Bukhari). Maka kalau
boleh lakukan solat di tempat yang jauh dari kebisingan dan banyak
orang lalu lalang, tempat berbual, lebih-lebih lagi tempat hiburan kerana
itu akan mengganggu kekhusyukan dalam solat. Begitu juga supaya tempat
solat tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Rasulullah s.a.w. mengarahkan
agar para sahabat melakukan solat zohur ketika cuaca agak redup.
3. Memakai
pakaian yang banyak warna. Kerana itu akan menarik
pandangan orang lain solat dan mengganggu penumpuan dalam solat.
Rasulullah pernah solat dan terganggu dengan kelambu Aisyah yang berwarna-warni
lalu beliau memintanya kelmbu tersebut diturunkan. (Bukhari dll.).
3.Hindari
solat di waktu makan.
Rasulullah
s.a.w. bersabda
”Tidak
baik solat di hadapan makanan” (Muslim).
Riwayat
lain mengatakan “Ketika hidangan makan malam sudah siap dan datang waktu solat,
maka dahulukan makan malam” (Bukhari).
4.Hindari
menahan buang air besar, kecil dan kentut. Rasulullah s.a.w. melarang solat
sambil menahan buang air kencing (Ibnu Majah:sahih). Riwayat lain mengatakan
bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda kalau kamu solat sedangkan kamu ingin
ke tandas maka pergilah ke tandas duhulu (Abu Daud : sahih).
5.Hindari
solat dalam keadaan terlalu mengantuk.
Rasulullah
s.a.w. bersabda
“Jika
kamu solat dan mengantuk maka tidurlah hingga ia memahami apa yang diucapkan”
(Bukhari). Riwayat lain dengan tambahan: ditakutkan ketika kamu mengantuk dan
melakukan solat maka ia tidak sedar kehendaknya memohon keampunan Allah
tetapi kamu mengumpat dirinya. (Bukhari)
6.Hindari
solat di tempat yang tidak rata atau tidak bersih kerana ia akan
menganggu konsentrasi atau penumpuan ketika sujud.
Rasulullah
s.a.w. bersabda
“Janganlah
kamu membersihkan tempat sujudmu (dari anak batu) ketika solat, jika terpaksa
lakukannya maka cukup sekali sahaja (Abu Daud:sahih).
7. Jangan
membaca terlalu kuat sehingga mengganggu orang solat di sebelah kita.
Rasulullah
s.a.w. bersabda
“Ingatlah
bahawa kamu semua mengadap Allah, janganlah mengganggu orang lain, jangan
membaca lebih kuat dari saudaranya dalam solat”
(Abu Daud: sahih).
8.Jangan
menoleh-noleh dalam solat.
Rasulullah
s.a.w. mengingatkan bahawa menoleh-noleh dalam solat adalah merupakan gangguan
syaitan. (Bukhari). Dalam hadis lain dikatakan “Allah sentiasa melihat
hambanya ketika solat selama ia tidak menoleh, Jika kita menoleh atau berpaling
wajah maka Allah meninggalkannya ” (Abu Dawud: sahih).
9.Jangan
melihat ke arah atas.
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda
“Ada
orang-orang solat sambil menghadap ke atas, mudah-mudahan matanya tidak boleh
tunduk kembali” (Ahmad:sahih)
10.Menahan
mulut ketika ingin menguap.
Sabda
Rasulullah s.a.w.
“Ketika
kamu menguap dalam solat, maka tahanlah sekuatnya kerana syaitan akan masuk ke
mulut kamu” (Muslim).
11. Jangan
solat seperti sifat binatang. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. melarang
solat seperti patukan burung gagak, duduknya seperti harimau dan menjalankan ibadah
di tempat yang seperti kandang unta (Ahmad: sahih).
Akhirnya, khusyuk
ini berat tetapi dapat kita jalankan melalui latihan dan membiasakan diri.
Salah satu cara supaya agar kita dapat melakukan khusyuk dengan mudah adalah
dengan memperbanyakan doa:
اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ ، اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا طَهَّرْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ ، وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ ذُنُوبِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ ، وَنَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ ، وَدُعَاءٍ لاَ يُسْمَعُ ، وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ هُؤُلاَءِ الأَرْبَعِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِيشَةً نَقِيَّةً وَمَيْتَةً سَوِيَّةً وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍى.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan