Dua jenis penyucian:
Pertama zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan
membasuh tubuh badan dengan air yang bersih.
Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan menyedari kekotoran di dalam diri,
menyedari dosanya dan bertaubat dengan ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan
kerohanian dan dibimbing oleh guru kerohanian.
Menurut hukum dan peraturan agama, seseorang menjadi tidak suci dan wuduk
menjadi batal jika keluar sesuatu dari rongga badan. Ini perlu diperbaharui
dengan wuduk. Dalam hal keluar mani dan darah haid mandi wajib diperlukan. Dalam hal lain, bahagian tubuh yang
terdedah – tangan, lengan, muka dan kaki – mesti dibasuh. Mengenai pembaharuan
wuduk Nabi s.a.w bersabda,
“Pada setiap pembaharuan wuduk Allah
perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang cahaya iman digilap dan memancar dengan
lebih bercahaya”.
Dan, “Mengulangi bersuci
dengan wuduk adalah cahaya di atas cahaya”.
Kesucian batin juga boleh hilang,
mungkin lebih kerap daripada kesucian zahir, dengan sifat buruk, buruk perangai, perbuatan
dan sifat yang merosakkan seperti sombong, takabur, menipu, mengumpat, fitnah,
dengki dan marah. Perbuatan
secara sedar dan tidak sedar memberi kesan kepada roh: mulut yang memakan makanan haram,
bibir yang berdusta, telinga yang mendengar umpatan dan fitnah, tangan yang
memukul, kaki yang membawa kepada kejahatan. Zina, yang juga satu dosa, bukan
sahaja dilakukan di atas katil.
Nabi s.a.w bersabda, “Mata juga berzina”.
Bila kesucian batin ditanamkan demikian
dan wuduk kerohanian batal, membaharui wuduk demikian adalah dengan taubat yang
ikhlas, yang dilakukan dengan menyedari kesalahan sendiri, dengan penyesalan yang mendalam
disertai oleh tangisan (yang menjadi air yang membasuh kekotoran jiwa), dengan
berazam tidak akan mengulangi kesalahan tersebut, berhasrat meninggalkan semua
kesalahan, dengan memohon keampunan Allah, dan dengan berdoa agar Dia
mencegahnya daripada melakukan dosa lagi.
Sembahyang adalah menghadap Tuhan.
Berwuduk, berada di dalam keadaan suci, menjadi syarat untuk bersembahyang.
Orang arif tahu penyucian zahir sahaja tidak memadai, kerana Allah swt melihat
jauh ke dalam lubuk hati, yang perlu diberi wuduk dengan cara bertaubat. Firman
Allah swt:
“Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu,
untuk tiap-tiap orang yang bertaubat, yang menjaga (batas-batas)”.
(Surah Qaaf, ayat 32).
Penyucian tubuh dan wuduk zahir terikat
dengan masa kerana tidur membatalkan wuduk. Penyucian ini terikat dengan siang
dan malam bagi kehidupan di dalam dunia. Penyucian alam batin, wuduk bagi diri
yang tidak kelihatan, tidak ditentukan oleh masa. Ia untuk seluruh kehidupan –
bukan sahaja kehidupan sementara di dunia tetapi juga kehidupan abadi di
akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan