Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 17 Julai 2012

B 73 ADAB BERGURAU

Dalam Islam, bergurau boleh jatuh dalam kategori halal dan haram. Sebagai contoh, adalah sesuatu yang dilarang untuk berbohong; selanjutnya jika sebuah gurauan terdiri dari sesuatu yang tidak benar (kebohongan) maka itu haram. Sebagai tambahan, sebuah gurauan dibolehkan jika itu tidak mengandungi sesuatu kedurhakaan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, tidak berunsur seksual atau pembohongan.

Al-Mudaa’abah adalah berasal dari kata da’bah, yang bererti berkata lembut, ramah, sopan dan kalimat lucu dalam sebuah perbincangan; sebagai contoh, bila mengatakan kepada isteri kita, ‘Kamu kelihatan lebih muda setiap hari!’ dan sebagainya.

Al-Mudaa’abah boleh digunakan dalam sebuah situasi, atau kejadian, dengan tujuan untuk memberikan keceriaan pada seseorang. Sebagai contoh, untuk bergurau dengan seseorang yang sedang sakit adalah sedekah (membuat wajahnya tersenyum).

Bergurau itu diharuskan

Keadaan yang membawa untuk gurauan adalah bahawa seseorang hanya boleh bergurau jika tidak menyakiti perasaan orang lain, tidak mempengaruhi kehormatannya atau melanggar syari’ah.

Telah diriwayatkan bahawa Al-Imaam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaani r.h. berkata:

“Seseorang yang bergurau untuk mengajar (agama) akan menerima pahala.”

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sesekali juga pernah bergurau, sebagaimana hal tersebut juga dilakukan oleh Sahabat, Tabien dan Tabik Tabien. Tidak ada sama sekali ucapan yang keluar dari mulut RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kecuali itu adalah wahyu. Bahkan gurauan baginda juga menepati kehendak daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
(Surah 53  AN NAJM : 3-4)

Tidak wajib bagi orang-orang yang beriman dalam keadaan serius sepanjang waktu. Hal tersebut adalah Sunnah daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Sahabat untuk bergembira dan membuat orang lain tersenyum dari waktu ke waktu. Dalam hal ini, seseorang juga harus menghindari sesuatu menjadi sangat serius (pada tingkatan di mana mereka berhadapan dengan kesedihan) atau menjadi sangat beremosi; tetapi kita harus mengimbangi keduanya.




Orang-orang yang berkata dengan bergurau boleh masuk dalam keharaman bila membuat fatwa tanpa rasa takut pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan mereka tidak mempunyai hak atau kedudukan untuk melakukan yang demikian. Secara ringkasnya, bergurau itu dibolehkan kecuali yang mengandung penipuan, menfitnah, mengkhianat, mengumpat, menghina dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan