Pada suatu hari, nabi Ibrahim as
datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba,
nabi Ismail tiada di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak
dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi
baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itupun tidak mengenali bapa
mertuanya iaitu nabi Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan
itu tentang nabi Ismail. Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar
memburu.
Apabila disoal tentang suasana
kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : ”Kami hidup susah dan kesempitan.”
Nabi Ibrahim bertanya lagi : ”Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu
mempunyai bekalan makanan dan minuman?” Jawab perempuan tadi : ”Kami tidak
mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman.”
Melihat dan memerhati kepada tingkah
laku serta jawapan yang diberikan oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim
mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta
selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati
tetamu. Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan
tadi yang juga merupakan menantunya : ”Sampaikan salamku kepada suamimu dan
pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya.”
Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal
rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan
sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda
bertanya kepada isterinya : ”Adakah ada seseorang datang menziarahimu?” Jawab
isterinya : ”Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi
dan telah menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang
berlaku kepadanya.”
Baginda bertanya lagi : ”Adakah dia
meninggalkan sebarang pesanan kepadamu?” Jawab isterinya : “Ya! dia telah
berkirim salam kepadamu dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar
bingkai pintu rumahmu.” Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail
menjelaskan kepadanya :” Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku
supaya berpisah denganmu dan pulanglah kepada
keluargamu semula.” Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini
perempuan yang lain.
Setelah berlalu beberapa lama masa
maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali
ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu yang mana
nabi Ismail tiada di rumah. Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru
dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat
dan diberi layanan yang baik.
Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu
yang juga merupakan menantunya yang baru : ”Adakah kamu mempunyai tetamu?”
Jawab perempuan itu : ”Ya! iaitu engkau.” Kemudian baginda bertanya mengenai
kehidupan mereka berdua lalu perempuan itu menjawab : ”Kami berada dalam
keadaan baik dan bahagia.” Sambil itu dia memuji-muji Allah.
Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan
kepada perempuan itu : ”Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku kepadanya
dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya.” Kemudian nabi
Ibrahim berlalu pergi.
Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya
maka isterinya telah menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang
menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberithu tentang rupa bentuk dan
sifat lelaki tua itu serta menyampaikan salam dan
pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail.
Mendengar penjelasan yang diberikan
oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira memberitahu : ”Dia merupakan
bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan jangan menceraikanmu.” Nabi Ismail
terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.
Rujukan
: Harian Islam.com
- Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan
Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari
kiamat kelak.
- Ya Fatimah, yang
lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri.
Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu,
ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
- Ya Fatimah,
apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan
Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan
seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah
menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan
kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika
dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan
maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.
- Ya Fatimah
tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah
memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
- Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang
hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu
agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu
dan yang akan datang.
9. Ya Fatimah tidaklah wanita yang
melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah
mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat
berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada
tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali
beribadah haii dan umrah.
- Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya,
meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta
memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari
sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan
sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman
syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi
siratul mustakim dengan mudah.
Waallahukhlam…
Rujukan
: Harian Islam.com
Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam
menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar,benar, benar sepanjang
cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu
tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di
syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan
nikmat-nikmat di syurga Alla.
Rujukan
: Harian Islam.com
(Hadith riwayat Imam Termizi)
Terlalu banyak ayat-ayat sebegini jika ingin disenaraikan semuanya di sini. Cukup sahaja beberapa contoh ayat saya kemukakan pada artikel ini. Cukup sahaja ayat-ayat ini membuktikan bahawa peranan iman itu cukup besar dalam penyempurnaan psikologi seorang mukmin yang beriman. Datangkan sahaja ribut badai ataupun pelangi, segalanya baik buatnya. Ajaib bukan orang yang beriman itu?
Saya telah kehilangan ibu tercinta.
Saya kira ianya sangat berat bagi seorang seperti saya untuk menanggung
kehilang sebesar ini pada usia sebegini. Namun Allah telah memujuk dan meyakinkan
saya dengan firmanNya yang berbunyi :
“Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah AlBaqarah (2) : 286)
Lantas saya bangun dan berkata dengan penuh semangat, “Saya kuat! Saya Ironman!”
Artikel asal dari blog Mindafahmi.com
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan