Berikut adalah Jadual
kehidupan kita semua di alam Akhirat yang mesti kita tempuhi:
Hari Sabtu – Ahli Syurga
akan melawat kedua ibubapa.
Hari Ahad – Ibu bapa
bermain dan melayan anak-anak mereka yang soleh.
Hari Isnin – Anak
murid akan melawat guru-guru yang mursyid.
Hari Selasa – Guru akan
menziarahi anak murid.
Hari Rabu – Ahli
Syurga akan mengunjugi para nabi-nabi.
Hari Khamis – Semua para
nabi akan mengunjungi Rasulullah.
Hari Jumaat – Semua ahli
Syurga mengadap Allah Azzawajal.
Oleh kerana umat manusia
yang terlalu ramai, maka hikmat di sebalik tempoh masa kehidupan Akhirat yang
terlalu lama iaitu 1000 tahun dunia =1hari di akhirat
Yakinlah tuan-tuan dan
puan, apa yang kita persendakan hukum ALLAH SWT sambil tertawa kerana kita memiliki
kuasa untuk menghalang perjalanan SYARIAT ALLAH pasti akan menerima hukuman ALLAH SWT. Walaupun kita bertaubat berjuta kali pasti ALLAH SWT tidak akan
mengampunkanya kerana semasa kita bertindak demikian dan mentertawakan hukum ALLAH SWT kita bukanlah golongan orang yang jahil, kita bukanlah tidak sedar diri
tetapi kita sedar diri, kita adalah profesor, kita adalah pemimpin yang
berkuasa. Cuma apa yang kita khayalkan kita mampu menipu ALLAH SWT dengan alasan:
1-Kita akan bertaubat
suatu hari nanti.
2-ALLAH SWT sayang kepada
hambanya pasti menerima taubat kita.
3-Pintu taubat sentiasa
terbuka-bila-bila masa boleh bertaubat-sedangkan ALLAH SWT tidak pernah menerima
taubat Firaun dan Abu Jahal yang pintar menipu tetapi buat-buat jahil
dalam agama.
4-ALLAH SWT Maha Pengampun
dan Maha Penyayang-cuma perbezaan kita dengan Rasulullah. Rasulullah berlumba
melakukan Ibadat pada ALLAH SWT dan mengharap Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang ALLAH SWT miliki dapat mengampun segala kekurangan dan cacat cela dalam melakukan
ibadat kepada ALLAH SWT serta semua Muamalat dengan manusia.
Kita sekarang berlumba
melakukan maksiat kepada ALLAH SWT dan meletakkan Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim
untuk mengampun segala dosa yang sengaja dilakukan malah memaksa orang lain
melakukan perbuatan yang sama seperti dosa Kita.
itulah kecerdikan kita
yang lebih cerdik daripada Rasulullah. Ingatlah Rasulullah adalah Maksum dan
Ulul Azmi (iaitu mengerah dan meggunakan tulang empat kerat untuk
berbakti pada ALLAH SWT ) serta tidak pernah mengambil kesempatan melakukan
dosa-dosa kecil apatah lagi maksiat.
Kehidupan kita di
akhirat adalah seperti kehidupan kita di dunia, Jika kita membuka aurat
kita di dunia, begitulah juga tingkah laku kita di depan ALLAH SWT. Jika kita tidak
malu di depan umat Islam, begitulah juga kita akan dianugerahkan perasaan tidak
di depan ALLAH SWT, Maka kita masih boleh menunjuk-nunjuk tubuh kita di depan ALLAH SWT.
Begitu juga tutur-kata
kita di dunia, begitulah kita akan bertutur di depanALLAH SWT tanpa segan silu
cuma kita lakukan itu semua di dalam neraka ALLAH SWT.
Sementara Orang yang
sentiasa bertasbih di dunia pasti makin bergembira memuji ALLAH SWT kerana ALLAH SWT yang
dirindui telah berada bersama kita. Pasti Allah berbangga dengan tingkah-laku
kita. lalu ALLAH SWT ambil setiap, kalimah yang kita tasbih dan puji pada ALLAH SWT dijadikan perhiasan dalam Syurga.
Taman-taman Syurga makin
Indah dan makin berseri apabila hamba-hambaNya memuji ALLAH SWT di dalam Syurga
kelak. Indahnya AgamaMu Ya Allah… Sesungguhnya Engkau Maha Adil dalam semua
tindakan.
Oleh yang demikian
janganlah cuba melakukan maksiat dan mempersendakan Islam setelah melihat
Jadual Kehidupan Kita Di Akhirat.
Kami Umat Mu terlalu
rindu pertolongan Mu untuk menghancur Tentera-tentera Syaitan yang berselindung
di sebalik kemewahan yang haram. Idealogi yang indah tetapi menzalimi setiap
hamba Mu.
Bantulah Hamba-hambu
yang sentiasa tunduk pada perintah Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan