Suasana di majlis pertemuan itu hening
sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan
sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi
melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir
dibibirnyapun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian
wahai Rasulullah?
Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan
gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua
adalah sahabat-sahabatku
tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai
Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan
kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah
melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat
mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah
menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib
imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman
kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir
dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman,
sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman
sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya
itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan
RasulNya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui
kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka?
Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca al Quran dan beriman
dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman
denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang
yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu
dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya
itu.
Penulis ingin mengajak pembaca
menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Mari baca
artikel Asal
Usul Sambutan Maulidur Rasul semoga
kita akan sentiasa merindui Nabi Muhammad S.A.W.
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan